Atoksyah's Weblog

anything related with Newcastle United FC & Kedah FA…

NUFC 2012 : Newcastle United FC tidak berminat dengan Chris Samba

leave a comment »

Terdapat khabar dari sumber dalaman yang menolak pembelian pemain pertahanan Blackburn, Chris Samba. Terdapat spekulasi sebelum ini yang mengatakan Samba dalam perbincangan bersama wakil NU.

Pada usia 27 tahun, Samba yang turut dikaitkan dengan Tottenham, dirasakan terlalu tua untuk polisi terbaru Newcastle yang menekankan pembelian pemain muda-berbakat-murah. Samba dijangka menuntut gaji £60,000 per minggu.

NUFC 2012 : Pertahanan B-21 England, Lewis Dunk dalam perhatian Newcastle United

leave a comment »

Lewis Dunk

Lewis Dunk, pertahanan tengah skuad Bawah-21 England

NEWCASTLE United sedang memerhatikan perkembangan pemain pertahanan tengah berusia 20 tahun Brighton & Hove Albion, Lewis Dunk.

Walaubagaimanapun, NU mungkin akan menunggu sehingga penghujung musim sebelum menunjukkan minat kepada pertahanan Seagulls itu.

Dunk dikatakan telah menarik minat pengurusan Newcastle United dan dia akan berada dalam tahun terakhir kontraknya pada musim panas nanti. NU juga sedia maklum bahawa Arsenal, Tottenham Hotspur, Aston Villa, & Liverpool juga telah menghantar pencari bakat mereka untuk menilai Dunk.

Dunk – mempunyai ketinggian 6kaki 4inci – telah membuat 27 penampilan dalam Football League untuk pasukan kendalian Gus Poyet. Dia amat sesuai untuk polisi baru NU yang membawa masuk pemain muda berbakat dan menawarkan mereka peluang untuk beraksi di EPL.

Written by atoksyah

January 4, 2012 at 13:11

NUFC 11 : Obertan cedera

leave a comment »

 

Obertan

Gabriel Obertan @ Newcastle United FC

Gabriel Obertan terpaksa diketepikan untuk beberapa minggu.

Alan Pardew memaklumkan bahawa pemain-sayap itu akan diketepikan dalam perlawanan menentang Everton, Sabtu ini. Obertan juga berkemungkinan akan terlepas 2 perlawanan seterusnya.

Obertan mempamerkan aksi terbaiknya ketika NUFC membenam Stoke City 3-1 pada Isnin lalu.

 Atok setuju dengan pendapat ini, memang Obertan beraksi baik pada hari itu. Sebelum itu dia agak mengecewakan kerna banyak kehilangan bola kerna hantarannya yang lemah.

Cheik Tiote pula mengalami kecederaan lutut dan terlepas aksi menentang Stoke. Dia telah digantikan dengan Guthrie, dan hasilnya bahagian tengah NU kelihatan tenggelam.

Shola Ameobi pula masih diketepikan kerana kecederaan hamstring.

NUFC 2011: Fakta pra-perlawanan Newcastle United vs Everton

leave a comment »

Berikut adalah fakta2 berkaitan pertembungan di antara Newcastle United dan Everton di St James’ Park.

 

1. 8 gol telah dijaringkan di antara NUFC dan Everton, 7 pada separuh masa pertama & 1 gol pada minit awal separuh masa kedua.

2. Kemenangan Everton pada musim lalu menamatkan 8 kunjungan mereka ke St James Park tanpa menang.

3. Newcastle sekarang masih tidak pernah kalah dalam 13 perlawanan liga, pencapaian terbaik tanpa kalah mereka dalam Premier League.

4. Necastle menang 5 dan seri 4 dalam 9 perlawanan terakhir di St James Park.

5. Pasukan terakhir yang menewaskan NUFC di St James Park ialah Everton.

6. Everton sekarang telah bolos dalam 7 perlawanan, prestasi terburuk mereka sejak Februari.

7. Tim Cahill telah membuat 199 penampilan dalam Premier League untuk the Toffees

8. Demba Ba telah menjaringkan 8 gol dalam 5 perlawanan terakhirnya di Premier League.

9. Daripada 13 pemain yang menjaringkan 4 atau lebih gol musim ini, Ba mempunyai peratus gol tertinggi iaitu 47%

10. Everton mempunyai kadar kejayaan merampas bola sebanyak 81.5% musim ini, yang terbaik dalam Premier League.

11. Newcastle setakat ini telah membuat 5 clearances di atas garisan gol, musim ini.

 

NUFC 2011: Hat-trik Demba Ba hancurkan Blackburn Rovers

leave a comment »

Setelah tidak menjaringkan sebarang gol dalam 5 perlawanan, belian musim panas daripada West Ham ini menggunakan lebih kurang 30 minit untuk menjaringkan 3 gol dalam perlawanan ke-6-nya, apabila membantu Newcastle United menewaskan Blackburn 3-1.

Apabila penyokong NU mahukan pengganti Andy Carroll, Demba Ba bukan salah seorang daripadanya. Tetapi dia dan Leon Best telah menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan kegagalan mendapatkan penyerang baru bukanlah kemusnahan seperti yang dijangka.

Kedua2 pemain itu telah menjaringkan 3 gol musim ini dan Best sepatutnya melebarkan jumlah itu, apabila dia mengucar-kacirkan pertahanan Blackburn Rovers.

Ini merupakan persembahan terbaik Newcastle untuk permulaan menarik musim ini, menggabungkan kepantasan serangan dan kekuatan pertahanan, walaupun ada ketikanya agak goyah pada kedua2 separuh masa permainan.

Anak buah Pardew masih tidak kalah dalam 8 perlawanan & akan semakin yakin untuk terus bermain dalam Piala Carling melihatkan mereka akan menentang Rovers pada perlawanan seterusnya.

Atok tak mahu komen panjang pasal Demba Ba ni kerna dia masih baru. Yang pastinya dia sujud tiap kali jaringkan gol. Dia juga berpuasa. Maka, ada juga la ciri2 muslim. Dari segi teknik, dia bagus di udara. Dari segi shooting, tok tak banyak lagi research cara dia main.

Written by atoksyah

September 25, 2011 at 23:55

NUFC 2011: Ben Arfa hampir sedia untuk kembali beraksi

leave a comment »

Hatem Ben Arfa dikatakan akan kembali beraksi untuk Newcastle United minggu ini.

Pemain tengah itu terpaksa berehat panjang setelah patah kaki dalam perlawanan menentang Manchester City pada Oktober lalu.

Kehilangannya amat terasa di St James Park, dan atok memang merindui kemahirannya di atas padang, di mana NU memang kekurangan pemain dengan kemahiran teknikal seperti dia. Dia boleh memperlahankan rentak permainan dengan mengawal bola dalam tempoh yang lama sementara menunggu rakan2 maju ke gawang lawan atau juga menunggu peluang melepaskan rembatan deras ke pintu gol. Dia juga boleh mengubah posisi bola dari kiri ke tengah atau ke kanan padang. Keadaan ini akan membantu mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Berbeza dengan pergerakan Jonas yang mudah dibaca, di mana dia sering menggunakan bahagian kiri padang.

Ben Arfa telah kembali berlatih, dan dia kini bersedia mewakili Newcastle menentang Nottingham Forest dalam perlawanan Piala Carling pada malam Selasa ini.

Written by atoksyah

September 20, 2011 at 13:11

NUFC 2011: David Santon menuju Newcastle?

leave a comment »

Pemain pertahanan-kiri Inter Milan ini mungkin akan menyertai The Magpies setelah Newcastle United dikatakan berminat dengannya.

David Santon bakal ke Newcastle?

Wakilnya dikatakan sedang berbincang dengan Newcastle.

Santon sebelum ini disebut2 akan menyertai AS Roma.

Santon mula bermain untuk Inter Milan sejak 2008.

NUFC 2011: Liverpool mengikat Enrique dari Newcastle dengan yuran perpindahan £6 juta

leave a comment »

Liverpool FC dikatakan akhirnya bersetuju untuk membayar £6 juta untuk pemain pertahanan-kiri yang diperlukan mereka dalam musim 2011-2012, apabila membeli Jose Enrique dari Newcastle. Perpindahan yang telah lama dinantikan ini menambah masalah buat Alan Pardew.

Kenny Dalglish kehilangan Gael Clichy yang berpindah ke Manchester City bulan lalu, dan kekurangan pilihan dalam pasaran perpindahan pemain menyebabkan Liverpool terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan pemain sayap-pertahanan yang pantas.

Jose Enrique merupakan pemain terbaik Newcastle untuk musim 2009-2010 dan merupakan pemain utama yang menyumbang kepada kemenangan Toon dalam Liga Championship 2009-2010. Dia dikatakan menjalani pemeriksaan kecergasan di Melwood semalam. Pemergiannya menyebabkan Newcastle kelihatan gagal untuk melaburkan £35 juta yuran perpindahan Andy Carroll ke Liverpool pada Januari lalu.

Written by atoksyah

August 12, 2011 at 09:32

NUFC 2011: Newcastle United mengikat pemain sayap Manchester United, Gabriel Obertan

leave a comment »

Gabriel Obertan menyertai NUFC dengan kontrak 5 tahun. Dia mengharapkan peluang untuk selalu bermain dalam pasukan utama bersama Newcastle setelah peluangnya terhad ketika bersama Manchester United. Dia bersama MU selama 2 tahun.

Alan Pardew pula gembira setelah berjaya mendapatkan pemain idamannya selama ini.

“Ini adalah khabar baik buat kami. Dia adalah pemain yang telah lama kami kejar. Perpindahan Wayne Routledge membolehkan kami membawanya ke sini”.

“Dengan kepantasan, kekuatan dan kebolehan bermain di banyak posisi, dia akan menjadi pemain penting buat kami.”

Kini Pardew berharap untuk mendapatkan seorang penyerang sebelum jendela perpindahan pemain berakhir.

“Kami perlu mendapatkan seorang penyerang. Kami sedar akan hal itu dan kami bekerja keras untuknya.”

NUFC 2011: Pemain sayap Manchester United, Obertan setuju sertai Newcastle?

leave a comment »

Obertan dikatakan telah setuju dengan kontrak 5-tahun bersama Newcastle dan boleh menyertai NU minggu depan.

Pardew sebelum ini dikatakan berminat dengan pemain Skuad Bawah-21 Perancis itu, yang telah memohon untuk meninggalkan Old Trafford pada Januari nanti.

Obertan, 22, dikatakan telah berbincang mengenai syarat peribadi bersama Newcastle dan akan menandatanganinya pada Isnin depan untuk bayaran sekitar £3juta.

 

Written by atoksyah

August 8, 2011 at 13:32

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.