Atoksyah's Weblog

anything related with Newcastle United FC & Kedah FA…

NUFC 2011 : Newcastle mesti belanjakan £10juta hanya untuk kekal dalam EPL – Alan Shearer

with one comment

Legenda Toon mengaku bahawa bekas kelabnya telah beraksi lebih baik daripada apa yang disangkakan oleh semua orang, dan kini semua mahu melihat bagaimana bayaran perpindahan Andy Carroll akan dibelanjakan.

Magpies ketika ini menduduki tempat ke-11 dalam EPL, tetapi hanya 2mata dari kedudukan ke8 dengan baki 2 permainan. Semua ini hadir pada musim pertama NU dinaikkan kembali ke English Premier League setelah 1 musim beraksi di Liga Championship Coca-Cola (musim 2009-2010).

Tetapi penjaring-gol terbanyak setiap-masa NUFC itu berpendapat kelab itu akan mendapati susah untuk mengekalkan tahap tersebut jika mereka gagal untuk melabur.

“Sejujurnya, mereka telah beraksi lebih baik daripada apa yang dijangka. Kamu perlu memuji mereka, mereka telah beraksi sangat baik. Mereka menjauhi daripada 6 kedudukan terbawah untuk sebahgian besar musim ini. Tidak pernah ada masa cemas seperti musim2 sebelum ini. Kami berharap ia sama pada musim depan, tetapi itu bergantung kepada apa yang bakal diberikan kepada pengurus untuk dibelanjakan.” kata Shearer.

“Kamu belanjakan £10juta untuk kekal, itu hakikatnya. Semua bergantung kepada apa yang akan berlaku – hanya seorang sahaja yang boleh menjawabnya (Mike Ashley).”

“Harap2 Ashley akan menyediakan dana kepada Pardew dan mereka akan terus meningkat-naik.”

“Sasaran Newcastle pada awal musim ini hanyalah kelangsungan, dan mereka mencapainya dengan mudah.”

Walaupun peminat berbelah bahagi dengan perlantikannya, Alan Pardew telah mendapatkan keputusan yang baik di tempat sendiri dan tempat lawan, dan Shearer memuji kerjanya.

Shearer menunggu dengan penuh minat untuk melihat aktiviti perpindahan yang akan berlangsung pada musim panas nanti berikutan penjualan £35juta penyerang-bintang NUFC, Andy Carroll ke Liverpool. Dia berharap seorang atau dua penyerang dibawa masuk.


Written by atoksyah

May 11, 2011 at 21:56

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. Atok melihat bahwa kekurangan ketara yg ada pada NUFC adalah kreativiti. Kita hanya mempunyai Hatem Ben Arfa. Itu tidak mencukupi. Seringkali serangan kita mudah dibaca pihak lawan – hanya kerna kebanyakan serangan kita mengharapkan Gutierrez.

    atoksyah

    May 16, 2011 at 22:40


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.