NUFC 2011: Newcastle meletakkan Joey Barton dalam senarai perpidahan percuma
Akhirnya pemain yang tidak berapa digemari atok (namun peningkatan persembahannya pada musim lepas berjaya meredakan ketidakgemaran itu), ditunjukkan jalan keluar oleh Newcastle apabila disenaraikan dalam senarai perpindahan percuma. Ini semua gara2 kritikan demi kritikannya melalui Twitter terhadap orang atas.
Ejennya yakin bahwa akan ada banyak kelab berminat dengan pemain tengah itu.
Barton dibeli dari Manchester City pada 2007 dengan harga £5.8juta. Dia masih mempunyai kontrak selama 12 bulan dan telah menyatakan keinginannya untuk meninggalkan kelab secara percuma pada musim panas akan datang selepas perbincangan berkenaan sambungan kontraknya tidak mencapai sebarang persetujuan.
Mike Ashley, dan pengarah urusan, Derek Llambias, khabarnya hilang sabar dengan kritikan Barton ke atas rejim mereka dan seterusnya memaksa mereka menggunakan hak mereka untuk meletakkan pemain itu dalam senarai perpindahan percuma.
Arsenal dan Aston Villa adalah di antara sebahagian kelab Liga Perdana Inggeris yang dikaitkan pada musim panas ini dengan pemain kelahiran Liverpool itu.
Namun tiada yang sanggup menawarkan harga yang diminta Newcastle sebelum ini.
Wakil Barton, Willie McKay, percaya bahawa perkara ini akan menyebabkan banyak kelab berminat untuk mengambil pemain itu. Dia merujuk perbuatan Newcastle itu ibarat “membunuh diri”.
Keputusan itu disambut Barton dengan melancarkan serangan baru melalui Twitter ke pengurusan kelab, mereka yang dituduhnya sebagai tidak memahami apa maknanya untuk jersi Hitam dan Putih. Dia menulis: “Di mana2 dalam pihak atasan NUFC, mereka telah memutuskan, saya tidak diperlukan. Saya dalam perpindahan percuma tetapi kehormatan untuk memakai jalur Hitam dan Putih, melebihinya. Suatu hari, lenbaga pengarah mungki menyedari, apa di sebalik jalur tersebut. Kehormatan dan Kebanggaan. Terima kasih di atas sokongan anda……….. #toonarmy.”
Ketidakpuasan hati Barton terhadap pemilik kelab bermula daripada keputusan mereka menjual Andy Carroll ke Liverpool untuk £35juta pada Januari. Dia hampir menandatangani sambungan kontrak pada masa itu dan telah menolaknya apabila mereka menerima tawaran Liverpool itu, satu luka yang semakin dalam apabila kemudiannya Kevin Nolan, kapten kelab dak kawan rapatnya, dijual ke West Ham United pada Jun.
Pada bulan Mei, McKay mendedahkan bahawa Newcastle takkan menawarkan sambungan kontrak kepada Barton, dan dia men-tweet bahawa majikannya mencari pemain yang “lebih muda, lebih bagus, lebih murah”.
Newcastle memilih untuk memutuskan hubungan dengan Barton selepas kekalahan dalam perlawanan persahabatan, 3-2 di Leeds United pada Ahad lalu, apabila dia mengulangi kritikan Jose Enrique ke atas kelab. Pertahanan kiri yang berasal dari Sepanyol itu, juga boleh meninggalkan St James’ Park pada musim panas ini, telah didenda kerna menuduh Newcastle tidak bercita-cita tinggi dalam pembelian pemain.
Tweet Barton dibaca: “Jika kami para pemain boleh maklumkan para peminat apa sebenarnya yang berlaku, tanpa mereka di atas mendenda kami dalam jumlah yang banyak. Akan ada masa dan tempat untuknya. Jika ia takkan mempengaruhi moral pasukan dan menyebabkan ketidaktenteraman dalam pasukan, saya yakin komen Jose’ akan kelihatan sebagai puncak aisberg.”
“Dan sekali lagi, semuanya akan ditinggalkan kepada semua peminat yang menakjubkan untuk mengutip baki2 kelab mereka yang pernah menjadi kelab hebat. Jika saya mahu pergi, saya akan keluar dan menyatakan saya ingin pergi. Semua ini perlu diperkatakan kerna saya tidak bersedia untuk turun liga lagi sekali.”
Related articles
- Barton hits out at Newcastle board (talksport.co.uk)
- Barton given free transfer by Newcastle (vanguardngr.com)
- Barton Given Free Transfer by Newcastle United (nytimes.com)
- Barton allowed to leave Newcastle (news.bbc.co.uk)
- Outspoken Twitter rebel Barton pushed out by Newcastle board (independent.co.uk)
- Barton agent stunned by Magpies (skysports.com)
- Exclusive – McKay: Newcastle suicidal to let Barton go for free (talksport.co.uk)
- Barton allowed to leave Newcastle (news.bbc.co.uk)
- Newcastle says Joey Barton can leave on free transfer (theglobeandmail.com)

