NUFC 2011: Enrique menurut jejak Barton meninggalkan Newcastle dengan perpindahan £10juta ke Liverpool
Seorang lagi pemain yang atok tak gemari kerana rupanya ala2 mafia, hehe, juga akan meninggalkan kelab. Pemain pertahanan-kiri-menyerang ini tidak atok nafikan merupakan di antara kunci kepada beberapa persembahan baik Newcastle. Amat kecewa melihat dia pergi, namun pemergiannya itu mungkin akan memberi peluang kepada Shane Ferguson untuk mengganti tempatnya. Pemain muda yang atok gemari ini, akan cerah peluangnya jika Hughton masih di NU. Pardew? Tak rasa dia yakin dengan pemain2 daripada akademi NU.
Jose Enrique khabarnya akan menurut jejak Joey Barton dan Kevin Nolan untuk meninggalkan Newcastle setelah Liverpool bersetuju untuk menawarkan £10juta.
Enrique juga merupakan pemain kedua yang berpindah setelah mengkritik polisi perpindahan kelab melalui Twitter pada minggu lepas, menurut jejak Barton yang mungkin akan meninggalkan kelab setelah disenarikan dalam senarai perpindahan percuma.
Bekas pemain Villareal yang kini berusia 25-tahun itu telah diintai Liverpool sejak penghujung musim lepas, dan sejak itu dia menangguhkan perbincangan sambungan kontrak dengan Newcastle.
Keperluan Liverpool untuk membeli pemain pertahanan amat jelas apabila mereka melepaskan 15 gol dalam perlawanan pra-musim menentang Guangdong Sunray Cave, Malaysia XI, Hull, Galatasaray dan Valerenga.
Shane Ferguson, adakah akan diyakini Pardew untuk mengambil tempat di pertahanan-kiri jika Enrique meninggalkan NU?
Semakin terbukti pandangan tok sebelum ini bahawa Chris Hughton dipecat kerna keengganan menjual pemain2 bintangnya. Sekarang apa sudah jadi? Carroll, Nolan, Enrique meninggalkan kelab, sebelum disertai Barton. Setuju dengan polisi kelab untuk membeli pemain2 muda dan juga mengelakkan kontrak panjang dengan pemain2 yang di penghujung 20-an, tapi simpanlah juga pemain2 utama kelab.


