NUFC 2011: Swansea ikat Routledge dengan kontrak 3 tahun
Wayne Routledge merupakan pemain-sayap-kanan yang dibeli Chris Hughton dengan bajet terhad. Prestasinya memberangsangkan apabila membantu NUFC menjuarai Liga Championship 2009-2010. Namun posisinya mula diambil alih Joey Barton, dan dominasi Tiote-Nolan-Barton menyaksikan dia diketepikan ke bangku simpanan. Pemain dengan jersi 10 pada awalnya, sebelum nombor 10 digunakan Hatem Ben Arfa. Selamat jalan dan selamat berjaya buat Routledge, pemain nombor 53 NUFC yang menjadi watak penting kenaikan NU ke Liga Perdana Inggeris.
Pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Swansea melengkapkan urusan pembelian pemain baru keduanya selepas pemain sayap, Wayne Routledge menyertai kelab itu dari Newcastle menerusi kontrak selama tiga tahun dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.
Pemain berusia 26 tahun itu menyertai kelab dari Wales itu sehari selepas penyerang, Leroy Lita menyertai Swansea dari Middlesbrough.
Routledge, bekas pemain antarabangsa bawah 21 tahun England menerusi laman web Swansea menyatakan: “Saya sedia untuk menghadapi cabaran baru.
“Ia mengambil masa beberapa hari menyelesaikan semua perkara dan saya tidak sabar turun pada perlawanan pertama.” Musim baru ini adalah kali
pertama Swansea beraksi pada liga tertinggi di England sejak 28 tahun lalu dan khidmat Routledge sememangnya amat diperlukan kerana pemain itu kaya pengalaman selepas pernah beraksi bersama Tottenham, Portsmouth, Fulham, Aston Villa dan Newcastle United.
Ketika dia dipinjamkan ke Queens Park Rangers, Routledge memainkan watak penting membantu pasukan itu memenangi Liga Kejuaraan.
Routledge menambah, dia sedia untuk bekerja di bawah kendalian Brendan Rodgers.
“Saya pernah berbual dengan pengurus dan dia amat mengagumkan. Banyak perkara baik yang saya dengar mengenainya dan berbual dengannya menyebabkan saya berasakan berpindah ke Swansea City adalah satu keputusan yang tepat.
“Selepas menyaksikan Swansea pada musim lalu, saya rasa setiap orang bersetuju andai saya katakan Swansea adalah kelab terbaik dalam Liga Kejuaraan,” katanya.
Related articles
- Routledge seals Swansea switch (footballfancast.com)
- Swansea sign Routledge on three-year contract (guardian.co.uk)
- Routledge complete Swans switch (mirror.co.uk)
- Routledge agrees terms with Swansea (guardian.co.uk)
- Swans complete Routledge deal (skysports.com)
- Swansea City sign Wayne Routledge from Newcastle United (telegraph.co.uk)
- Newcastle accept Swansea bid for Routledge (footybunker.com)


Khabar angin menyatakan Obertan bakal menyertai NU. Para penyokong berbelah-bagi dengan khabar ini. Ada di antara mereka menyatakan Routledge lebih bagus daripada Obertan, manakala sebahagian lagi menyatakan – bekas anak didik Ferguson beraksi lebih baik setelah meninggalkan Old Trafford.
atoksyah
August 8, 2011 at 13:22