Atoksyah's Weblog

anything related with Newcastle United FC & Kedah FA…

Archive for September 2011

NUFC 2011: Hat-trik Demba Ba hancurkan Blackburn Rovers

leave a comment »

Setelah tidak menjaringkan sebarang gol dalam 5 perlawanan, belian musim panas daripada West Ham ini menggunakan lebih kurang 30 minit untuk menjaringkan 3 gol dalam perlawanan ke-6-nya, apabila membantu Newcastle United menewaskan Blackburn 3-1.

Apabila penyokong NU mahukan pengganti Andy Carroll, Demba Ba bukan salah seorang daripadanya. Tetapi dia dan Leon Best telah menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan kegagalan mendapatkan penyerang baru bukanlah kemusnahan seperti yang dijangka.

Kedua2 pemain itu telah menjaringkan 3 gol musim ini dan Best sepatutnya melebarkan jumlah itu, apabila dia mengucar-kacirkan pertahanan Blackburn Rovers.

Ini merupakan persembahan terbaik Newcastle untuk permulaan menarik musim ini, menggabungkan kepantasan serangan dan kekuatan pertahanan, walaupun ada ketikanya agak goyah pada kedua2 separuh masa permainan.

Anak buah Pardew masih tidak kalah dalam 8 perlawanan & akan semakin yakin untuk terus bermain dalam Piala Carling melihatkan mereka akan menentang Rovers pada perlawanan seterusnya.

Atok tak mahu komen panjang pasal Demba Ba ni kerna dia masih baru. Yang pastinya dia sujud tiap kali jaringkan gol. Dia juga berpuasa. Maka, ada juga la ciri2 muslim. Dari segi teknik, dia bagus di udara. Dari segi shooting, tok tak banyak lagi research cara dia main.

Written by atoksyah

September 25, 2011 at 23:55

NUFC 2011: Ben Arfa hampir sedia untuk kembali beraksi

leave a comment »

Hatem Ben Arfa dikatakan akan kembali beraksi untuk Newcastle United minggu ini.

Pemain tengah itu terpaksa berehat panjang setelah patah kaki dalam perlawanan menentang Manchester City pada Oktober lalu.

Kehilangannya amat terasa di St James Park, dan atok memang merindui kemahirannya di atas padang, di mana NU memang kekurangan pemain dengan kemahiran teknikal seperti dia. Dia boleh memperlahankan rentak permainan dengan mengawal bola dalam tempoh yang lama sementara menunggu rakan2 maju ke gawang lawan atau juga menunggu peluang melepaskan rembatan deras ke pintu gol. Dia juga boleh mengubah posisi bola dari kiri ke tengah atau ke kanan padang. Keadaan ini akan membantu mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Berbeza dengan pergerakan Jonas yang mudah dibaca, di mana dia sering menggunakan bahagian kiri padang.

Ben Arfa telah kembali berlatih, dan dia kini bersedia mewakili Newcastle menentang Nottingham Forest dalam perlawanan Piala Carling pada malam Selasa ini.

Written by atoksyah

September 20, 2011 at 13:11

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.