Atoksyah's Weblog

anything related with Newcastle United FC & Kedah FA…

Archive for November 2011

NUFC 11 : Obertan cedera

leave a comment »

 

Obertan

Gabriel Obertan @ Newcastle United FC

Gabriel Obertan terpaksa diketepikan untuk beberapa minggu.

Alan Pardew memaklumkan bahawa pemain-sayap itu akan diketepikan dalam perlawanan menentang Everton, Sabtu ini. Obertan juga berkemungkinan akan terlepas 2 perlawanan seterusnya.

Obertan mempamerkan aksi terbaiknya ketika NUFC membenam Stoke City 3-1 pada Isnin lalu.

 Atok setuju dengan pendapat ini, memang Obertan beraksi baik pada hari itu. Sebelum itu dia agak mengecewakan kerna banyak kehilangan bola kerna hantarannya yang lemah.

Cheik Tiote pula mengalami kecederaan lutut dan terlepas aksi menentang Stoke. Dia telah digantikan dengan Guthrie, dan hasilnya bahagian tengah NU kelihatan tenggelam.

Shola Ameobi pula masih diketepikan kerana kecederaan hamstring.

NUFC 2011: Fakta pra-perlawanan Newcastle United vs Everton

leave a comment »

Berikut adalah fakta2 berkaitan pertembungan di antara Newcastle United dan Everton di St James’ Park.

 

1. 8 gol telah dijaringkan di antara NUFC dan Everton, 7 pada separuh masa pertama & 1 gol pada minit awal separuh masa kedua.

2. Kemenangan Everton pada musim lalu menamatkan 8 kunjungan mereka ke St James Park tanpa menang.

3. Newcastle sekarang masih tidak pernah kalah dalam 13 perlawanan liga, pencapaian terbaik tanpa kalah mereka dalam Premier League.

4. Necastle menang 5 dan seri 4 dalam 9 perlawanan terakhir di St James Park.

5. Pasukan terakhir yang menewaskan NUFC di St James Park ialah Everton.

6. Everton sekarang telah bolos dalam 7 perlawanan, prestasi terburuk mereka sejak Februari.

7. Tim Cahill telah membuat 199 penampilan dalam Premier League untuk the Toffees

8. Demba Ba telah menjaringkan 8 gol dalam 5 perlawanan terakhirnya di Premier League.

9. Daripada 13 pemain yang menjaringkan 4 atau lebih gol musim ini, Ba mempunyai peratus gol tertinggi iaitu 47%

10. Everton mempunyai kadar kejayaan merampas bola sebanyak 81.5% musim ini, yang terbaik dalam Premier League.

11. Newcastle setakat ini telah membuat 5 clearances di atas garisan gol, musim ini.

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.