Archive for January 4th, 2012
NUFC 2012 : Newcastle United FC tidak berminat dengan Chris Samba
Terdapat khabar dari sumber dalaman yang menolak pembelian pemain pertahanan Blackburn, Chris Samba. Terdapat spekulasi sebelum ini yang mengatakan Samba dalam perbincangan bersama wakil NU.
Pada usia 27 tahun, Samba yang turut dikaitkan dengan Tottenham, dirasakan terlalu tua untuk polisi terbaru Newcastle yang menekankan pembelian pemain muda-berbakat-murah. Samba dijangka menuntut gaji £60,000 per minggu.
Related articles
- Tottenham to raid Blackburn for Samba (footie-online.co.uk)
NUFC 2012 : Pertahanan B-21 England, Lewis Dunk dalam perhatian Newcastle United
NEWCASTLE United sedang memerhatikan perkembangan pemain pertahanan tengah berusia 20 tahun Brighton & Hove Albion, Lewis Dunk.
Walaubagaimanapun, NU mungkin akan menunggu sehingga penghujung musim sebelum menunjukkan minat kepada pertahanan Seagulls itu.
Dunk dikatakan telah menarik minat pengurusan Newcastle United dan dia akan berada dalam tahun terakhir kontraknya pada musim panas nanti. NU juga sedia maklum bahawa Arsenal, Tottenham Hotspur, Aston Villa, & Liverpool juga telah menghantar pencari bakat mereka untuk menilai Dunk.
Dunk – mempunyai ketinggian 6kaki 4inci – telah membuat 27 penampilan dalam Football League untuk pasukan kendalian Gus Poyet. Dia amat sesuai untuk polisi baru NU yang membawa masuk pemain muda berbakat dan menawarkan mereka peluang untuk beraksi di EPL.
Related articles
- Who should Newcastle United purchase this January? (footybunker.com)
- Cook recalled by Seagulls (skysports.com)
- Martin Skrtel hails Craig Bellamy following Liverpool’s victory over Newcastle United (goal.com)
- Newcastle United enter the race for long term Arsenal target (footybunker.com)

