Posts Tagged ‘Alan Pardew’
NUFC 2011: Perpindahan Nile Ranger ke Blackpool tidak menjadi kenyataan
Cadangan perpindahan penyerang Newcastle, Nile Ranger ke Blackpool gagal setelah dia tidak bersetuju dengan syarat2 peribadi.
Tawaran bernilai £1.5 juta yang ditawarkan oleh kelab yang bermain di Liga Championship itu telah diterima dan Ranger yang berusia 20-tahun itu dikatakan bersedia untuk berpindah setelah hanya bermula dalam 1 perlawanan liga untuk Newcastle pada musim lepas.
Pengurus Newcastle, Alan Pardew meneruskan pencariannya untuk seorang penyerang dan Ranger atau Leon Best boleh dijadikan sebagai tukaran dengan Shane Long, 24-tahun, pemain Reading yang dinilai £10juta.
NU juga turut dikaitkan dengan pemain tengah Saint-Etienne, Blais Matuidi, 24-tahun. Namun Matuidi menyatakan dia ingin kekal di Perancis.
Related articles
- Have Blackpool Signed Nile Ranger? (19foster92.wordpress.com)
- Nile Ranger Intrested In A Toon Move (19foster92.wordpress.com)
- Newcastle United: Striker linked with Hammers (clubcall.com)
- A bright future in the Newcastle’s attack? (footballfancast.com)
- Premier League Transfer Talk – July 12 (telegraph.co.uk)
NUFC 2011: Newcastle United menandatangani perjanjian 5-tahun dengan Sylvain Marveaux dari Rennes
Pemain sayap Perancis menandatangani kontrak dengan pasukan Alan Pardew selepas cadangan perpindahan ke Liverpool gagal.
Pemain berusia 25 tahun itu diikat melalui perpindahan percuma (membuktikan polisi Ashley untuk mendapatkan pemain murah).
Ini adalah pembelian ke-3 Alan Pardew. Dia sebelum ini telah mengikat Yohan Cabaye dan Demba Ba, amat gembira dengan langkah terbarunya ini.
Seperti biasa, Pardew menyatakan “walaupun peminat tak kenal Sylvain, dia amat berbakat dan telah diintai oleh kami untuk satu tempoh”.
Marveaux adalah bekas pemain bawah 21 Perancis (Perancis lagi, apa kes???), telah beraksi 100 kali untuk Rennes dan sumbat gol 16 kali.
Nolan sumbat gol 12 kali, musim lepas sahaja. Diganti oleh pemain yang sumbat gol 16 kali sepanjang 100 kali bermain, hadoi la.
Related articles
- Sylvain Marveaux Looks to Be Making the Move (bleacherreport.com)
- Liverpool close to signing Marveaux (guardian.co.uk)
- Fabregas to Barcelona? Eto’o to Man City? Dzeko to Real Madrid? (erasmodelavega.wordpress.com)
- Liverpool fans angered by unveiling of new blue kit – which has Everton colours (telegraph.co.uk)
- You: Liverpool FC: Zapata, Downing, Marveux, Cassano, and More Reds Transfer Rumors (bleacherreport.com)
- Liverpool: Winger undecided on destination (clubcall.com)
- Liverpool reach pre-contract agreement with Rennes’ Marveaux (tribalfootball.com)
- Newcastle sign Ba on three-year deal (guardian.co.uk)
NUFC 2011: Demba Ba sertai Newcastle
Penyerang antarabangsa Senegal, Demba Ba melengkapkan perpindahannya ke Newcastle United dengan menandatangani perjanjian 3-tahun di St James’ Park setelah menjaringkan 7 gol dalam hanya 13 penampilan bersama West Ham United pada musim lalu.
Pemain kelahiran Perancis berusia 26 tahun itu telah bermain 10 kali untuk Senegal, merupakan pembelian kedua Alan Pardew pada musim panas ini.
Pardew menyatakan Ba telah menunjukkan aksi baik bersama West Ham dan merupakan pembelian yang bagus oleh kelab itu.
Ba mempunyai larian, keupayaan teknikal yang baik, dan hebat di udara dan yang paling penting, konsisten menjaringkan gol.
Pardew juga menyatkan Ba mempunyai keinginan kuat untuk beraksi bersama Newcastle United. (Mungkin maksudnya ialah, Ba sanggup terima gaji murah dan tak minta kontrak jangka panjang. Dengan kata lainnya, murah)
Ba menyertai pemain tengah kebangsaan Perancis, Yohan Cabaye yang dibeli pada minggu lepas dari juara Perancis, Lille.
Related articles
- Newcastle United sign West Ham Striker Demba Ba to a 3 year deal (theoriginalwinger.com)
- Official: Demba Ba completes Newcastle United switch on three-year deal (goal.com)
- Newcastle win Ba fight (footballfancast.com)
- Pardew reveals delays to Ba deal (news.bbc.co.uk)
- Striker Ba nears Newcastle switch (news.bbc.co.uk)
- Newcastle United confident of completing deal for West Ham United striker Demba Ba (telegraph.co.uk)
- Newcastle United: Toon eye triple swoop (clubcall.com)
NUFC 2011 : Newcastle tolak bidaan West Ham untuk Kevin Nolan.
Magpies dilaporkan menolak tawaran Hammer untuk penjaring terbanyak kelab musim lalu tatkala Sam Allardyce merancang membina pasukan yang berupaya untuk segera kembali ke Premier League.
Kevin Nolan meletakkan masa depannya di NUFC dalam keraguan setelah dia menolak tawaran kontrak terbaru daripada NUFC.
Pengurus baru West Ham, Sam Allardyce sebelum ini bekerja bersama Nolan semasa menjaga Bolton Wanderers dan dilaporkan telah membuat tawaran bernilai £3 juta untuk pemain itu.
Newcastle tidak berminat dengan tawaran tersebut dan menyifatkannya sebagai mengarut.
Newcastle membeli Nolan pada harga £4juta daripada Bolton pada 2009 dan dia telah meningkatkan reputasinya dengan beraksi cemerlang pada musim lalu.
Walau bagaimanapun, Nolan telah menolak tawaran kontrak baru di St. James’ Park memandangkan Newcastle membuat tawaran lebih rendah dalam percubaan mereka mengurangkan jumlah gaji para pemain.
Pemain berusia 28 tahun itu tidak gembira dengan terma yang ditawarkan memandangkan dia telah menamatkan musim lalu sebagai penjaring terbanyak kelab dengan 12 gol.
Walaupun dengan kontrak kurang 2 tahun, dipercayai bahwa pembeli berpotensi takkan dapat membelinya dengan harga murah.
Nolan menyatakan bahwa dia mahu terus kekal di kelab, walupun menolak tawaran kontrak tersebut.
Related articles
- Jol Continues Squad Improvement for Fulham with Bid for Newcastle’s Kevin Nolan (bleacherreport.com)
- Newcastle set asking price for QPR, Fulham target Nolan (tribalfootball.com)
- Newcastle admit Jose Enrique contract problems (independent.co.uk)
- Demba Ba and Thomas Hitzlsperger allowed to leave West Ham United on free transfers (telegraph.co.uk)
- Magpies hit Enrique impasse (mirror.co.uk)
NUFC 2011 : Newcastle mahu membeli pemain tengah antarabangsa
NEWCASTLE United merancang untuk membeli pemain-pertengahan antarabangsa pada minggu ini dalam sebahagian usaha mereka untuk melaksanakan perpindahan awal pada musim panas ini.
Boleh dikatakan selepas mesyuarat selama 5 jam yang dipengerusikan Mike Ashley pada hari Khamis, United hampir menyempurnakan perjanjian pertama mereka pada penghujung musim – dan berharap dapat menandatanagani pemain ke-2 pada tengah malam penutup kempen.
Pardew menyatakana bahawa pemain yang akan dibeli merupakan pemain tengah antrabangsa dan bukan daripada mana2 empat pasukan terbawah liga. Dia juga memberitahu bahwa 2 atau 3 pemain sedang dipantau, dan harga untuk ditawarkan kepada mereka juga telah dikenalpasti.
Newcastle terpaksa berahsia mengenai pembelian pemain tersebut untuk mengelakkan persaingan, tetapi diketahui bahawa pemain antarabangsa itu merupakan pemain pertengahan-tengah dan beraksi di Eropah. Nilai bayaran juga telah dipersetujui.
Pertengahan merupakan kawasan utama untuk diperkuatkan Newcastle, tetapi mereka juga mahu menambah pilihan di bahagian serangan dan sedang memburu penyerang Ivory Coast, Gervinho, yang mempunya klausa-pelepasan dalam kontraknya. Gaji merupakan perkara yang menunda perjanjian itu.
Newcastle juga sedia berbincang dengan Wigan untuk mendapatkan semula Charles N’Zogbia sebelum hujung bulan ini, tetapi mereka takkan menandatangani Connor Whickham yang berharga £10juta.
Sasaran awal mereka, Kevin Gameiro, mahu beraksi di Sepanyol, manakala penyerang antarabangsa Perancis dan Roma, Jeremy Menez telah dipantau dan berpotensi untuk ditandatangani.
Tawaran £7juta untuk penyerang Reading, Shane Long sedang dipertimbangkan, manakala Jose Salomon Rondon, dari Malaga, antara nama yang termasuk dalam senarai mereka.
Agen Jose Enrique dijadualkan menemui setiausaha kelab, Lee Charnley minggu ini dalam usaha United untuk terus pemain mengikat pertahanan-kiri itu.
Newcastle takut Enrique akan berpaling ke kelab musuh, tetapi pemain itu belum memberi sebarang tanda untuk pergi. Perpindahan ke Liverpool telah menjadi sukar kerna Liverpool tidak mahu memenuhi gajinya – selepas Ashley Cole , dia merupakan pertahanan-kiri termahal dalam liga.
Enrique diwakili oleh abangnya dan kelab akan menekannya untuk mendapatkan keputusan tentang masa depannya supaya mereka boleh memutuskan sama ada mahu membuat tawaran kedua untuk Cheikh M’Bengue, pemain Toulouse dan pertahanan-kiri bawah-21 Perancis.
Related articles
- How to spend Newcastle’s £35m warchest (footballfancast.com)
NUFC 2011 : Shane mahu bersinar untuk Newcastle United
SHANE Ferguson berterima kasih kepada Alan Pardew kerna yakin dengan kebolehannya – sekaligus mengharapkan diberi peluang lain untuk beraksi dalam kesebelasan utama Newcastle United.
Pemain remaja itu beraksi menentang Chelsea pada Ahad lepas sebelum dikeluarkan kerna mengalami kecederaan.
Walau bagaimanapun, Ferguson cergas untuk menghadapi West Bromwich Albion esok.
Pemain berusia 19-tahun itu ditugaskan di sayap kiri di Stamford Bridge, ketika Pardew kehilangan beberapa pemain senior.
Ferguson – yang telah bermain kebanyakannya sebagai pertahanan-kiri pada musim ini – beraksi baik apabila dinaikkan sebagai pemain tengah, dan dia berharap untuk berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan terakhir Newcastle untuk musim ini, di mana United mengintai kedudukan 10 pasukan teratas Premier League.
Atok mula mengenali Ferguson semasa dia ditugaskan di pertahanan sayap kiri oleh Hughton ketika perlawanan menentang Chelsea, di mana NU menang 4-3. Tugas yang baik oleh Hughton. Ketika itu terserlah kebolehan Ferguson bertahan di samping memulakan serangan dengan hantaran tepat dari kiri padang.
Dengan Jonas Gutierrez tidak dapat beraksi, kelihatan orang Irish itu akan berada dalam kesebelasan utama.
Kebangkitan akhir musim Ferguson dipandang positif oleh Pardew, dan pemain kelahiran Derry itu telah menyedari cabaran yang menantinya pada musim depan.
Related articles
- Newcastle United v West Bromwich Albion: match preview (telegraph.co.uk)
- Squad sheets: Newcastle United v West Bromwich Albion (guardian.co.uk)
- Chelsea 2-2 Newcastle United | Premier League match report (guardian.co.uk)
- Chelsea 2 Newcastle United 2: match report (telegraph.co.uk)
NUFC 2011 : Lyon saingi Manchester United dan Liverpool untuk pertahanan Newcastle
Terdapat laporan bahwa Olympique Lyon telah menyertai perlumbaan untuk mendapatkan pemain pertahanan Newcastle United, Jose Enrique.
Sumber2 dari Perancis mendakwa kelab itu sedang mencari pengganti kepada Aly Cissokho, yang akan menyertai Inter Milan pada musim panas ini.
Kelab yang bermain di La Ligue itu kelihatan akan disaingi kelab2 Premier League seperti Manchester United dan Liverpool.
Bagaimanapun, difahami bahwa pengurus Magpies, Alan Pardew yakin yang Enrique akan menyambung kontraknya di Newcastle.
Related articles
- Jose Enrique Targetted by Lyon (bleacherreport.com)
- Newcastle United: Enrique downplays Liverpool rumours (clubcall.com)
- Newcastle, Liverpool linked as agent reveals English interest for Cissokho (tribalfootball.com)
- Newcastle demand answer from Liverpool target Enrique (tribalfootball.com)
- Newcastle United: Toon want Enrique decision (clubcall.com)
- Liverpool line up alternative left-back option to Enrique deal (sportingo.com)
- Newcastle’s Enrique shrugs off talk of Liverpool move (tribalfootball.com)
- Transfer Update: Arsenal, Liverpool and Manchester United (twoliverpoolfans.wordpress.com)
NUFC 2011 : Newcastle mesti belanjakan £10juta hanya untuk kekal dalam EPL – Alan Shearer
Legenda Toon mengaku bahawa bekas kelabnya telah beraksi lebih baik daripada apa yang disangkakan oleh semua orang, dan kini semua mahu melihat bagaimana bayaran perpindahan Andy Carroll akan dibelanjakan.
Magpies ketika ini menduduki tempat ke-11 dalam EPL, tetapi hanya 2mata dari kedudukan ke8 dengan baki 2 permainan. Semua ini hadir pada musim pertama NU dinaikkan kembali ke English Premier League setelah 1 musim beraksi di Liga Championship Coca-Cola (musim 2009-2010).
Tetapi penjaring-gol terbanyak setiap-masa NUFC itu berpendapat kelab itu akan mendapati susah untuk mengekalkan tahap tersebut jika mereka gagal untuk melabur.
“Sejujurnya, mereka telah beraksi lebih baik daripada apa yang dijangka. Kamu perlu memuji mereka, mereka telah beraksi sangat baik. Mereka menjauhi daripada 6 kedudukan terbawah untuk sebahgian besar musim ini. Tidak pernah ada masa cemas seperti musim2 sebelum ini. Kami berharap ia sama pada musim depan, tetapi itu bergantung kepada apa yang bakal diberikan kepada pengurus untuk dibelanjakan.” kata Shearer.
“Kamu belanjakan £10juta untuk kekal, itu hakikatnya. Semua bergantung kepada apa yang akan berlaku – hanya seorang sahaja yang boleh menjawabnya (Mike Ashley).”
“Harap2 Ashley akan menyediakan dana kepada Pardew dan mereka akan terus meningkat-naik.”
“Sasaran Newcastle pada awal musim ini hanyalah kelangsungan, dan mereka mencapainya dengan mudah.”
Walaupun peminat berbelah bahagi dengan perlantikannya, Alan Pardew telah mendapatkan keputusan yang baik di tempat sendiri dan tempat lawan, dan Shearer memuji kerjanya.
Shearer menunggu dengan penuh minat untuk melihat aktiviti perpindahan yang akan berlangsung pada musim panas nanti berikutan penjualan £35juta penyerang-bintang NUFC, Andy Carroll ke Liverpool. Dia berharap seorang atau dua penyerang dibawa masuk.
Related articles
- Shearer hails Carroll for staying ‘mentally strong’ (independent.co.uk)
- Carroll becomes new number 9 (skysports.com)
- Why Andy Carroll is more than up to the task (footballfancast.com)
- Newcastle United Number 9: Andy Carroll (howaythetoon.co.uk)
- Andy Carroll given Newcastle’s No9 shirt for coming season (guardian.co.uk)
- Llambias hits back at Carroll abuse (mirror.co.uk)
- Phil Airey – Newcastle’s new No.9 in the making? (footballfancast.com)
- Carroll proud to be number nine (news.bbc.co.uk)
- Newcastle United: Pardew lines up £6m swoop (clubcall.com)
- From the TV sofa to the dugout: Alan Shearer plots grand return (guardian.co.uk)
NUFC 2011 : Williamson patah tangan
Pemain pertahanan Newcastle United itu hilang peluang beraksi dalam 3 perlawanan akhir musim ini selepas mengalami kecederaan dalam sesi latihan.
Williamson mengalami kecederaan itu pada pagi Khamis dan dia akan dibedah tengahari ini untuk merawat tulang patah di bahagian bawah lengannya.
Kecederaan ini menyebabkan Williamson akan hilang peluang beraksi dalam perlawanan Sabtu ini menentang Birmingham City dan juga perlawanan seterusnya menentang Chelsea dan West Brom.
Manager Alan Pardew said: “It’s a freak injury and unfortunate for the big fella, and he is going to miss now the end part of the season.
Kehilangan pemain berusia 27 tahun ini membuka peluang kepada Steven Taylor untuk mengambil kembali tempatnya di pertahanan tengah bersama Coloccini.
Williamson yang menyertai Magpies dari Portsmouth pada Januari 2010, telah membuat 29 penampilan dalam perlawanan Premier League musim ini.
Newcastle sepatutnya selamat untuk terus beraksi di Premier League memandangkan mereke menduduki tangga ke-12 liga, 6 mata di atas 3 kelab terbawah.
3 mata sudah cukup menjamin kedudukan NUFC, dan perlawanan menentang Birmingham adalah masa terbaik untuk mereka mendapatkannya.
Related Articles
- Broken arm for Williamson (skysports.com)
- Newcastle’s Williamson breaks arm (news.bbc.co.uk)
- Mike Williamson breaks arm during Newcastle training (independent.co.uk)
- Newcastle defender Williamson breaks arm at training (tribalfootball.com)
- Newcastle United: Magpies defender suffers broken arm (clubcall.com)
NUFC 2011 : Andy Carroll perlu dijual, tegas Alan Pardew.
Alan Pardew tetap percaya bahawa Newcastle United FC tiada pilihan selain menjual Andy Carroll setelah pemain itu meminta dilepaskan pada Januari lalu.
Fakta bahawa Blackpool, bukan Newcastle yang berjuang untuk hidup mereka di Bloomfield Road mungkin menyokong pendapatnya.
“Apa yang mendorong saya membuat keputusan itu adalah Andy mengatakan dia mahu pergi” kata Pardew.
Pengurus Tangerines, Ian Holloway dipuji kerana berjaya menahan kapten Adams dari pergi, tetapi kelihatan menyesal dengan opera sabun yang ia hasilkan minggu lalu.
Apabila Blackpool menang 2-0 di St James’ Park dalam bulan September lalu, mereka berada di tangga ke-4 liga. Bermain dalam Premier League untuk kali pertama, mereka bermain dengan senyuman di muka.
Kedua-dua pasukan yang baru naik-liga, mengukuhkan diri mereka di separuh tangga teratas liga sebelum Krismas. Bagaimanapun, perlawanan semalam di tempat-sendiri menentang Magpies merupakan perlawanan Blackpool yang pertama dimainkan dari zon-penyingkiran.
Sementara Newcastle telah bertahan agak baik dengan pemergian £35 juta Andy Carroll ke Liverpool – satu keputusan yang masih menyebabkan peminat berbahagi – Blackpool menghadapi perlawanan semalam dengan bekalan 1 kemenangan dari 9 perlawanan sejak pintu perpindahan ditutup. Selepas kekalahan 3-1 kepada Wigan Athletic, Holloway membayangkan sebab2nya.
Dia berkata : “Kami perlu bekerja keras, bersatu dan melawan. Kami tiada semua itu sejak Januari. Saya tertanya-tanya kenapa? Saya kehairanan, apa yang berlaku dalam Januari? Saya boleh hidup tanpa Januari.”
Begitu juga Pardew.
Katanya : “Penilaian saya terhadap Charlie adalah permainannya tidak berubah terlalu banyak sejak Januari. Dia masih penting kepada Blackpool, tetapi pasukan itu tidak sebagus dulu.”
Related Articles
- Newcastle United: Pardew seeks rousing finish (clubcall.com)
- Will Alan Pardew get his transfer wishes? (footballfancast.com)
- Pardew dismisses Enrique exit (mirror.co.uk)
- Pardew – Heat is on managers (skysports.com)
- Newcastle must retain Premier League status says Alan Pardew (independent.co.uk)
- Newcastle boss Pardew: I never knew Nolan was so good (tribalfootball.com)
- Shola Ameobi has Newcastle’s Alan Pardew praising his Geordie Tevez (guardian.co.uk)
- Mike Williamson admits Newcastle United miss Andy Carroll but looks forward to playing against him (goal.com)





