Atoksyah's Weblog

anything related with Newcastle United FC & Kedah FA…

Posts Tagged ‘hijau kuning

MSL 2011 : Pungutan Mata Semakin Sengit Antara Kelantan, Selangor, Terengganu; Kedah 1 – 1 Sabah

leave a comment »

Kedudukan MSL 2010-11 pada 4 Mei 2011

Jaringan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-44 telah membantu Kelantan menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium J.Corp, Pasir Gudang, Johor, malam ini, sekaligus mengekalkan kedudukan takhta Liga Super.

Kelantan FA dibawah bimbingan Datuk. M. Karathu kini mempunyai kelebihan jaringan untuk menerajui carta kedudukan selepas berkongsi 36 mata dengan pencabar terdekat, Selangor FA.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Selangor FA menewaskan Kuala Lumpur 3-1 dengan dua jaringan dilakukan oleh Rudie Ramli pada minit ke-10 dan 89 serta Safiq Rahim pada minit ke-46. Manakala gol saguhati Kuala Lumpur disumbangkan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-30.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah Terenganu FA menewaskan pasukan tercorot, Perlis FA 3-1. Bagaimanapun, Perlis FA membuat kejutan awal dengan mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Nik Shahrul Hanizam Mohd pada minit ke-17.

Terengganu FA, yang menduduki tangga ketiga liga dengan 35 mata, bangkit pada babak kedua untuk menjaringkan gol menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-54, Ashari Samsudin (min-67) dan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-76.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Negeri Sembilan FA mengatasi Perak FA 3-1. Hairudin Omar muncul wira pasukan Negeri Sembilan FA dengan menjaringkan dua gol pada minit ke 55 dan 72 manakala Mohd Khairul Ridzwan membuka tirai jaringan pada minit ke-33. Gol tunggal Perak FA dihasilkan oleh Razali Umar Kandasamy pada minit ke-89.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang FA mencatat keputusaan seri tanpa jaringan dengan Felda United FC.

Kedah 1 - 1 Sabah

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah FA seri 1-1 kepada Sabah. Gol Kedah dijaringkan oleh Shafizan Hashim minit ke-12 manakala gol Sabah pula disumbangkan oleh Mohd Farid Idris menerusi sepakan penalti pada minit ke-41.

Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Perdana di Stadium Selayang malam ini, Sime Darby mengatasi Harimau Muda B 1-0.

MSL 2010-2011 : Takziah buat jurulatih Kedah FA

leave a comment »

Pulun Kedah Pulun

Pulun Kedah Pulun

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak meyampaikan ucapan takziah kepada Jurulatih Pasukan Kedah, Wan Jamak Wan Hassan dan keluarga beliau.

Ucapan takziah tersebut disampaikan setelah mendapat berita kematian bapa mertua jurulatih Kedah itu semalam.

Jawatankuasa eksekutif juga merakamkan ucapan takziah kepada surulatih Wan Jamak.

Jawatankuasa Media KFA yang dipengerusikan oleh Sdr Yusri turut merakamkan ucapan takziah dan berharap Wan Jamak bersabar dan berdoa semoga roh Allahyarham di himpunkan bersama-sama dengan orang-orang bertaqwa.

MSL 2011 – Wan Jamak sasar Kedah juara

leave a comment »

WAN JAMAK (tengah) menerima surat pelantikan daripada Dr. Hamdan di Alor Setar semalam.

SIFU baru skuad Hijau Kuning, Wan Jamak Wan Hassan menetapkan sasaran peribadi untuk membantu Kedah muncul juara Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Bagaimanapun, bekas jurulatih Negeri Sembilan itu mengakui berdepan tugas berat untuk memastikan skuad Hijau Kuning berada di landasan yang tepat selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Ahmad Yusoff pada pertengahan musim ini.

Wan Jamak memberitahu, beliau sudah bersedia memikul tanggungjawab itu dengan mendapat bantuan semua pihak di sebalik harapan tinggi yang disandarkan peminat dan majikan barunya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Jelasnya, menerusi dua sasaran besar itu menjadikan pasukan akan lebih fokus bagi mencapai keputusan yang terbaik apabila musim ini berakhir.

“Sekiranya kita sasar yang terbaik, kita mungkin dapat mencapai keputusan yang baik. Saya akan bekerjasama dengan semua pihak khususnya penolong jurulatih dan para pemain untuk cuba mempertingkatkan lagi prestasi pasukan Kedah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis memperkenalkan beliau dan menandatangani kontrak bersama skuad Sang Kenari di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Turut hadir Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib; pengurus pasukan, Datuk Khazali Din, ahli jawatankuasa eksekutif KFA; penolong-penolong jurulatih dan para pemain pasukan bola sepak Kedah.

Ujar Wan Jamak, pada mulanya beliau bercadang untuk berehat sehingga penghujung musim ini, namun mengakui tidak boleh ‘duduk diam’ kerana bola sepak sudah menjadi darah dagingnya.

Setelah mendapat tawaran daripada KFA, katanya, beliau memilih untuk menerima jawatan berkenaan kerana melihat Hijau Kuning mempunyai ramai pemain muda yang berpontensi dan berbakat.

“Saya juga melihat Kedah dibarisi ramai pemain anak negeri ini sekali gus menjadikan sikap kekitaan atau kenegerian begitu tinggi.

“Ini menjanjikan komitmen daripada para pemain untuk memberikan yang terbaik bagi melonjakkan nama Kedah,” katanya yang akan mengendalikan sepenuhnya skuad Sang Kenari mulai Khamis ini.

Dalam pada itu, Hamdan berkata, selepas menyaring beberapa nama, KFA melihat Wan Jamak sebagai calon terbaik mengisi jawatan jurulatih berikutan prestasinya yang cemerlang ketika membimbing Negeri Sembilan.

Katanya, di sebalik peletakan jawatan Wan Jamak sebagai jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, KFA menyedari dia memiliki reputasi memberangsangkan apabila membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia dan Piala FA di bawah kendaliannya.

“KFA menetapkan sasaran Kedah berada pada kedudukan ketiga terbaik Liga Super dan mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir Piala Malaysia dengan pelantikan Wan Jamak,” katanya.

MSL 2011 : Harimau Muda A 0 – 1 Kedah, Skuad Hijau Kuning lonjak tangga keempat Liga Super

leave a comment »

KEDAH merakam kemenangan keempat berturut-turut untuk melonjak ke tangga keempat Liga Super Malaysia – dipisahkan atas perbezaan jaringan oleh pasukan tempat ketiga, Kelantan FA – selepas berhempas pulas menewaskan Harimau Muda A 1-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Skuad dikendalikan sementara Radhi Mat Din bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga minit ke-80 atas kesilapan pertahanan Harimau Muda A, Mohd Amer Saidin. Pada babak pertama, hanya beberapa percubaan tepat dilakukan barisan serangan kedua-dua pasukan yang menyaksikan skuad pelapis negara hampir membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi rembatan jarak dekat Syahrul Azwari Ibrahim, namun diselamatkan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.

Kedah pantas membuat serangan balas dan umpanan kepada Ahmad Shakir Ali hampir menjelmakan gol buat pelawat tetapi penyerang itu terlebih dulu dikesan berkedudukan ofsaid.

Pada babak kedua, skuad kendalian Ong Kim Swee menggandakan asakan tetapi bekas penjaga gol kebangsaan, Helmi Eliza beraksi cemerlang memastikan gawang pasukannya kebal untuk menafikan usaha Harimau Muda mencari ketiga berturut-turut.

Kedah yang dijangka bakal dikendali Wan Jamak Wan Hassan bulan depan, beberapa kali melepasi benteng Harimau Muda diterajui pemain kebangsaan, Mohd Fadhli Shas, tetapi tiada tindakan penyudah berkesan.

Kemasukan Mohd Firdaus Mohd Fauzi pada babak kedua melihat Kedah semakin bertenaga dan serangan bertali arus pada 10 minit terakhir membuahkan gol apabila sepakan sudut Mohd Fauzi Shaari terkena pertahanan Harimau Muda, Mohd Amer untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

MSL 2011 : Kedah Add On To Perlis’ Misery

with one comment

Visitors Kedah FA edged Perlis FA 1-0 at the Utama Stadium here in the only Malaysian Super League match played Friday, to pile the misery for Perlis.

Kedah, facing the bottom of the league side, earned a penalty in the 29th minute that was put away by Baddrol Bakhtiar after Perlis goalkeeper Mohd Amirul Rosli had brought down Mohd Khyril Muhymeen inside the box.

The win saw Kedah move up to fifth sport in the league table behind leader Selangor FA, Perak FA, Kelantan FA and Felda United FC, respectively.

The bruising encounter between the Northern rivals saw referee Shamsuddin Ibrahim flash five yellow cards in the match, three to Kedah FA players and two to the home team.

Perlis FA, rooted at the bottom of the table, after having played 10 matches, have yet to win a match although the Northern side had earned three draws.

MSL 2011: Radhi fokus mental, Kedah FA vs Terengganu FA

leave a comment »

TUMPUAN utama Radhi Mat Din yang mengambil alih tugas selaku jurulatih sementara pasukan Hijau Kuning daripada Ahmad Yusoff adalah menyediakan pemainnya dari segi mental ketika berdepan Terengganu FA di Stadium Darulaman, malam ini.

Menurutnya, status beberapa pemainnya sebagai pemain kebangsaan tidak mencukupi ketika berdepan lawan itu kerana perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi mereka.

“Saya tidak mempunyai masa untuk melakukan perubahan drastik terhadap kesebelasan utama untuk perlawanan esok (malam ini) ketika bertemu Terengganu.

“Cuma apa yang mampu saya lakukan adalah cuba menyematkan ketahanan mental pemain dengan mengembalikan keyakinan diri sendiri.

“Ketika ini kami memiliki barisan pemain yang berupaya menandingi mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia, tapi kelemahan mental dan kurang yakin terhadap kemampuan diri sendiri menjadi punca kekecewaan yang terpaksa kami hadapi sekarang,” kata Radhi.

Katanya, ribuan penyokong setia pasukan Hijau Kuning perlu memainkan peranan penting dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi bagi membakar semangat dan mengembalikan keyakinan barisan pemain.

“Saya minta kesemua penyokong setia Kedah FA supaya membakar semangat pemain dan bukannya memaki atau mengejek mereka kerana ia pasti akan melemahkan semangat serta membuka ruang untuk lawan mengambil kesempatan.

“Saya sudah bertemu semua pemain dan mereka simpati atas apa berlaku terhadap Ahmad. Tapi, pada masa sama, mereka juga berjanji akan bangkit ketika menentang Terengganu,” katanya.

Piala FA 2011 : Penyokong Kedah FA mahu jurulatih undur

leave a comment »

Prestasi hambar pasukan Kedah FA musim ini yang turut menyaksikan mereka tersingkir dari saingan Piala FA malam tadi menyebabkan lebih 1,000 peminatnya mengadakan demonstrasi menuntut pengurus pasukan, Datuk Khazali Din dan ketua jurulatih, Ahmad Yusof meletak jawatan serta-merta.

Demonstrasi selama 30 minit itu bermula di luar Stadium Darul Aman sejurus selepas Kedah tewas 0-1 kepada Felda United di hadapan lebih 3,000 penyokong sendiri.

Sambil menyanyikan lagu keramat ”Hijau Kuning”, kumpulan itu yang memegang kain rentang tertulis “jurulatih dan pengurus pasukan undur diri” enggan berganjak dan meminta bersemuka dengan jurulatih Kedah.

“Kami mahu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) segera melucutkan jawatan Ahmad Yusof, Datuk Khazali dan penolong jurulatih, Radzi Md Din serta-merta kerana gagal melatih pasukan dengan baik dan menempatkan pasukan di kedudukan yang baik,” kata seorang penyokong Amir Murad, 35, ketika ditemui di situ.

Sementara itu seorang lagi penyokong Daris Sobri, 23, berkata, prestasi Kedah yang begitu buruk pada saingan Liga Super musim ini menuntut kepimpinan baru bagi mengembalikan kegemilangan pasukan Hijau Kuning.

Written by atoksyah

March 5, 2011 at 11:48

MSL 2011 Md3 : Sabah FA (1) – (0) Kedah FA

with 2 comments

Flag of the Malaysian state Sabah. Based on a ...

Image via Wikipedia

KOTA KINABALU: Mohd Farid Ideris’ solitary strike helped Sabah FA notch their first Malaysian Super League win after defeating Kedah FA at the Likas Stadium last night.

The lanky striker struck the only goal from just outside the box after picking up a clearance from the Kedah keeper Muhd Al-Hafiz Hamzah.

It started from M. Sivakumar who sent a long ball into the Kedah penalty box, and the hardworking Zainizam Marjan challenged, but the keeper managed to palm the ball away and Farid unleashed a first-timer that went into the back of the net.

But the victory came at a heavy price for Sabah, as utility player, Sivakumar limped out of the game with a broken right leg after getting a hard tackle from Mohd Faizal Abdul Bakar, who was shown his second yellow, to eventually see him getting the marching orders in the 77th minute. Earlier, he was shown the yellow card for a foul on Sabri Sahar.

It could have been 2-0 for Sabah, but unfortunately, Sumardi Hajalan failed to convert a penalty kick as his shot hit the right side of the goalpost.

It was a deserving win for the home side as they put on a convincing show that definitely delighted the about three thousand fans that turned up for the clash despite the downpour.

Sabah were the first to try Kedah’s custodian but Farid’s grounder went wide.

This was followed by Kedah where Mohd Faizal’s glancing header hit the goalpost.

Then Mohd Sabree Mat Abu saw his close range attempt blocked by Sabah custodian Azizon Abd Kadir.

In the 29th minute, Sabah were denied what was seen as a sure penalty when Zainizam Marjan was brought down by Mohd Fauzi Nan inside the box, but the match official Shokri Nor from Penang instead awarded Sabah a corner kick.

Then in the 50th minute, Sabah were presented with a golden opportunity to extend their lead when this time Shokri pointed to the spot after Farid was fouled inside the box by V. Thirumurugan.

Sumardi stepped up to take the spot kick that hit the goalpost.

In the 56th minute, Kedah squandered another opportunity as Wan Mohd Asyraf Wan Ali failed to connect a cross with Azizon already beaten.

Then Zainizam Marjan saw his close range diving header go wide.

In injury time, Kedah managed to put the ball into the back of the Sabah net but fortunately for the home side, it was disallowed after Mohd Sabree was adjudged to have fouled Azizon before he shot at goal.

Sabah’s next tie is at home to Johor FC on Tuesday.

 

Kedah FA – Hati Badrol masih bersama Kedah

leave a comment »

Badrol Bakhtiar

Badrol Bakhtiar

KUALA LUMPUR – Teka teki mengenai pasukan yang menjadi pilihan bintang Kedah FA, Baddrol Bakhtiar musim hadapan akhirnya terjawab, apabila pemain itu membuat keputusan untuk kekal sekurang-kurangnya dua tahun lagi bersama skuad Hijau Kuning.

Biarpun mendapat tawaran lumayan daripada beberapa pasukan seperti Negeri Sembilan FA, Selangor FA dan Kelantan FA, anak jati Sungai Petani itu membuatkan kesemua pasukan berkenaan gigit jari, apabila sanggup mengenepikan soal kewangan dan berikrar mahu setia bersama Kedah.

Turut mempengaruhi Baddrol yang baru dinobatkan Pemain Tengah Terbaik 2010 untuk kekal, adalah rakan sepasukannya seperti Khyril Muhymeen Zambri dan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA).

”Setelah fikir semasak-masaknya, saya mahu terus beraksi di sini kerana saya sudah serasi dengan semua pemain, terutama pemain muda, malah perasaan sayang kepada Kedah masih menebal.

”Saya telah pun bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan oleh KFA dan akan menandatangani kontrak selama dua tahun,” katanya yang dihubungi, semalam.

Selain Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan, dia juga mendapat tawaran dari Felda United, Sabah dan Perak.

Baddrol, yang berusia 22 tahun, merupakan antara tonggak utama Kedah sejak beberapa musim lalu dan dianggap antara watak penting dalam pasukan kebangsaan.

Dia bagaimanapun terlepas aksi ke Sukan Asia yang sedang berlangsung, ekoran mendapat kecederaan lutut kiri.

Selain itu, Baddrol berkata, dia semakin bersemangat apabila rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan, Amar Rohidan yang beraksi dengan Perlis, memilih untuk bersama Kedah pada musim hadapan.

”Selain Amar, Fauzi Nan juga akan bersama Kedah. Saya anggap ini akan memberikan kekuatan tambahan kepada pasukan ini bagi menghadapi skuad elit seperti Kelantan dan Selangor,” katanya.

Selepas pasti bersama Kedah, tumpuan Baddrol adalah mahu menamatkan kemarau kejuaraan dua tahun Kedah, yang gagal menjulang sebarang piala pada musim lalu.

”Tidak kiralah apa jua piala sekalipun, saya bertekad mahu membawa pulang satu piala kepada peminat Kedah pada musim 2011.

”Perasaan sedih dan kecewa masih ada, selepas kami gagal meraih Piala FA walaupun sudah melangkah ke peringkat akhir di samping terkandas pada separuh akhir Piala Malaysia,” jelasnya.

Written by atoksyah

November 10, 2010 at 17:03

Piala Malaysia 2010: Kedah FA menghadapi tugas berat di Kota Bharu

leave a comment »

ALOR SETAR – Kedah FA seharusnya gusar apabila beraksi di Kota Bharu esok jika aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2010 menentang Kelantan FA di Stadium Darul Aman kelmarin, dijadikan ukuran.

Pasukan bimbingan Ahmad Yusoff itu melepaskan peluang untuk mencari kelebihan pada pertembungan pertama, apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

Meskipun semangat mereka disuntik dengan kehadiran kira-kira 25,000 penyokong, skuad Sang Kenari kurang bertenaga untuk mencari bekalan selesa pada perlawanan separuh akhir kedua di Kota Bharu, esok.

Keputusan itu menyukarkan misi mereka kerana di Kota Bharu, Sang Kenari bukan sahaja berdepan Sang Kijang, bahkan berpuluh ribu penyokong ‘Wira Merah’ yang bakal memenuhi Stadium Sultan Mohammad IV.

Bagaimanapun, skuad Hijau Kuning masih mempunyai 90 minit untuk ‘melakukan sesuatu’ bagi merealisasikan impian mara ke perlawanan akhir buat kali ketiga dalam tempoh empat musim Piala Malaysia.

Mahu atau tidak, Kedah perlu berusaha memastikan perlawanan separuh akhir kedua esok, sekurangnya-kurangnya berkesudahan dengan keputusan seri dengan jaringan gol.

Ini kerana format pertandingan menggunakan jaringan gol di tempat lawan bagi menentukan pemenang.

Berdasarkan format itu juga, jika Kedah dapat menjaringkan gol, ia pasti memberi tekanan kepada Kelantan, kerana mereka tiada pilihan selain memenangi perlawanan itu selepas gagal merobek gawang Sang Kenari di gelanggang lawan.

Ahmad mengakui pasukannya berdepan tugas getir di Kota Bharu, tetapi menganggap ia bukan misi mustahil untuk menundukkan Kelantan.

Katanya, pada perlawanan kelmarin, selepas kehilangan empat tonggak, rentak permainan Kedah sedikit terganggu, apabila seorang lagi pemain pertahanan utama di posisi kiri, Azmi Muslim terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-11 akibat kecederaan.

“Para pemain seakan terkejut dengan keadaan itu tetapi kemudian dapat menyerap tekanan dan mengimbangi perlawanan,” katanya.

Ahmad berkata, sekembalinya dua tonggak iaitu Sabree Abu dan Khairul Helmi Johari, ia akan memantapkan lagi kesebelasan Kedah dan percaya pemain mampu melakukan yang terbaik untuk ke perlawanan akhir.

Written by atoksyah

October 22, 2010 at 06:02

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.