Atoksyah's Weblog

anything related with Newcastle United FC & Kedah FA…

Posts Tagged ‘Kedah FA

MSL 2011: Kedah melonjak ke tangga ke-4 Liga Super Malaysia 2011

leave a comment »

KEDAH FA melonjak ke tangga keempat Liga Super Malaysia 2011 selepas menewaskan Perlis FA 2-0 di Stadium Darulaman malam tadi.

Ini bermakna Kedah berjaya memintas Perak FA. Namun, Perak yang sebelum ini mendahului dengan kelebihan jaringan mampu merampas kembali kedudukan mereka jika menewaskan Sabah FA di Stadium TLDM Lumut, petang ini.

Perlis yang masih di tangga tercorot liga dan terdesak memburu tiga mata penuh malam tadi, seakan mampu merealisasikan impian selepas mengekang tuan rumah 0-0 pada babak pertama, tetapi kesilapan kapten pasukan, Azmizi Azmi dua minit selepas rehat memberi Kedah kelebihan.

Azmizi yang cuba menghantar bola kepada penjaga gol Perlis, Amini Ahmad Tabarani menerusi tandukan ke belakang, sekadar melihat bola tandukannya melepasi jangkauan Amini dan menerjah gawang sendiri untuk gol pertama Kedah.

Kedah yang mendapat suntikan semangat hasil gol berkenaan, terus mengasak dan hanya memerlukan empat minit menggandakan jaringan apabila Faizal Abu Bakar bijak menguis bola yang diumpan cantik V.Thirumurugan.

Malang terus menimpa Perlis apabila terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Hadi Syahmi menerima kad kuning kedua kerana mengasari Baddrol Bakhtiar.

Perlawanan malam tadi satu-satunya saingan Liga Super yang berlangsung dengan enam perlawanan lain berlangsung, hari ini.

Written by atoksyah

May 19, 2011 at 07:23

MSL 2011 : Wan Jamak bidas pemain muda Kedah FA

leave a comment »

PEMAIN Kedah, Mohd. Azmi Muslim (tengah) dicabar dua pemain Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin. Selangor menang 2-0.

JURULATIH Kedah FA, Wan Jamak Wan Hassan ternyata kecewa dengan prestasi barisan pemain mudanya ketika tewas 0-2 kepada Selangor FA pada aksi Liga Super Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Jelas Wan Jamak, peluang yang diberikan kepada pemain muda untuk beraksi sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya, namun gagal memberi persembahan baik seperti yang diharapkan.

Katanya, biarpun anak-anak buahnya mampu beraksi dengan baik pada babak pertama, namun keadaan sebaliknya berlaku pada separuh masa kedua yang menyaksikan Selangor memperoleh dua gol.

“Saya lihat pemain muda, terutamanya Ahmad Shakir Ali yang dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan Mohd. Khyril Muhymeen Zambri tidak bermain bersungguh-sungguh dan tidak banyak melakukan gerakan agresif seperti yang saya harapkan.

“Hilang bola tak nak kejar, ini bukan pasukan bola sepak kampung, ini pasukan negeri dan dia perlu menghormati bendera dan pasukan negeri sendiri,” tegas Wan Jamak sejurus selepas tamat perlawa- nan kelmarin.

Dua jaringan Selangor dihasilkan oleh Mohd. Fadzli Shaari pada minit ke-59 dan Rudie Ramli (87).

Menurut Wan Jamak, tahap ketahanan dan kecergasan pemain-pemain Kedah juga lemah se- hingga menyebabkan mereka melakukan beberapa kesilapan sehingga memberi ruang kepada pasukan lawan.

Katanya, beliau mempunyai masa selama seminggu untuk memperkemaskan kembali jentera pasukan dan memperbaiki beberapa kesilapan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

“Saya nak tekan mereka (pemain) pun tak patut, sebab soal kecergasan dan ke- tahanan tenaga perlu dilakukan sebelum saingan liga berlangsung.

“Kita akan mengenal pasti pemain lain bagi membantu jentera serangan mencari gol pada perlawanan berikutnya,” katanya.

MSL 2011 : Kedah turun tempang tembung Selangor

leave a comment »

Selangor FA

Image via Wikipedia

PERIT memikirkan cabaran tanpa segenggam tonggak utama yang tercedera dan belum cergas, jurulatih Kedah FA, Wan Jamak Wan Hassan tiada pilihan kecuali bergantung kepada sumbangan barisan muda menjelang pertemuan menentang Selangor FA dalam saingan Liga Super Malaysia 2011 di Stadium Darulaman, malam ini.

“Saya harap dengan strategi yang kita atur dapat mencipta satu kejutan mengutip mata penuh di tempat sendiri walaupun dengan barisan muda,” katanya, semalam.

Antara pemain utama yang masih cedera dan tidak cergas sepenuhnya adalah pemain sayap, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, penyerang, Azlan Ismail serta dua pemain tengah, Mohd Azmi Muslim dan V Thirumurugan.

Wan Jamak berkata walaupun akan berdepan tekanan daripada penyokong sendiri, dia menasihatkan anak didiknya itu bermain dengan sikap tenang tetapi penuh berwaspada menyedari Selangor FA mampu menghukum setiap kesilapan lawan.

“Tekanan penyokong sebenarnya baik untuk menyuntik semangat pemain tetapi bukan semua pemain dapat terima,” katanya. “Saya harap pemain dapat memberi fokus 100 peratus.”

MSL 2011 : Kelantan 2 – 0 Kedah

leave a comment »

Kedah terpaksa akur kegagalannya menurunkan pemain lama dan berpengalaman di bahagian serangan akibat kecederaan menyebabkan pasukan itu kecundang kepada Kelantan 0-2 di gelanggang lawan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Jumaat malam.

Namun begitu, jurulatih pasukan itu, Wan Jamak Hassan berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan kesebelasan anak buahnya itu.

“Saya terpaksa akur dengan keputusan itu bahawa kegagalan menurunkan pemain lama dan berpengalaman terutama di bahagian serangan akibat kecederaan punca kekalahan kita kepada Kelantan,” katanya selepas perlawanan itu di sini, Jumaat malam.

Beliau juga mengakui kekuatan permainan yang ditunjukkan kesebelasan Red Warriors di bawah bimbingan Datuk M.Karathu ditambah dengan sokongan moral penyokong yang memenuhi stadium itu.

Beliau percaya kehilangan beberapa tonggak utama di barisan penyerang memberi kesan kepada corak permainan menentang pasukan tuan rumah Kelantan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan, Karathu memuji kesungguhan yang ditunjukkan anak buahnya terutama pada separuh masa kedua selepas memasukkan pemain simpanan Mohd Khalid Jamlus pada minit ke-54 walaupun gagal memanfaatkan 45 minit sepasuh masa pertama menyebabkan kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Written by atoksyah

May 7, 2011 at 11:39

MSL 2011: Kedah FA 1-1 Sabah FA

leave a comment »

KEDAH FA vs SABAH FA
Selasa, 3 Mei 2011
Stadium Darulaman, Alor Setar


Perlawanan ke 15 Liga Super Malaysia 2011
Kehadiran penyokong : Sekitar 7,000 orang


Detik-detik penting :

* Perlawanan bermula agak lewat daripada masa yang dijadualkan kerana hujan lebat di Bandaraya Alor Setar bermula daripada jam 7 malam. Komisioner perlawanan memutuskan perlawanan dimulakan pada jam 9.25 malam memandangkan hujan sudah berhenti dan keadaan padang yang memuaskan untuk perlawanan dijalankan

Separuh masa pertama

Minit 8 : Rembatan jarak jauh oleh Shafizan Hashim menggegar tiang gol kiri pelawat dan menyaksikan Penjaga Gol pelawat, Azizon Kadir hanya mampu memerhatikan sahaja rembatan tersebut. Amaran awal oleh skuad Hijau Kuning

Minit 10 : Mohd Faizal Abu Bakar melepaskan satu rembatan “in-swinger” namun ianya tersasar daripada pintu gol pelawat

Minit 12 : GOLLLL!!! Kedah membuka tirai jaringan melalui tandukan kencang Shafizan Hashim apabila dengan mudah menewaskan Azizon Kadir. Ianya berpunca daripada sepakan penjuru oleh Baddrol Bakhtiar ke arah “near post” dan ditanduk dengan kencang oleh Shafizan yang meluru dari belakang dan menghasilkan gol sulung perlawanan

Minit 14 :
Kedah meneruskan tekanan kepada Sang Badak apabila rembatan deras Baddrol Bakhtiar muntah daripada dakapan Azizon Kadir. Pujian harus dilontarkan kepada Mohd Fiqry Md.Isa yang melakukan “dummy” terhadap rembatan Baddrol sekaligus mengelirukan pandangan Penjaga Gol pelawat dan menyaksikan bola tersebut muntah daripada tangkapan beliau. Bola muntah tersebut disambut oleh Mohd Faizal Abu Bakar yang berjaya merembat bola tersebut tetapi tekanan oleh pertahanan Sabah menyaksikan rembatan Faizal tersasar daripada pintu gol. Terselamat gawang pelawat daripada asakan bertali arus Kedah

Minit 15 : Seminit berselang, pemain veteran Sabah, Zainizam Marjan menguji Penjaga Gol tuan rumah, Helmi Eliza Elias apabila rembatan deras dari dalam kotak penalti beliau berjaya didakap kemas oleh Penjaga Gol Kedah tersebut. Peluang tersebut berpunca daripada pemain sayap, Shahrul Azhar Ture yang melintangkan bola secara rendah kepada Md.Rozaimi Abd.Rahman yang dengan bijak melakukan “dummy” dan membiarkan bola sampai ke kaki Zainizam dan terus melepaskan rembatan kencang ke arah gol tuan rumah

Minit 22 : Baddrol Bakhtiar menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad kuning apabila didapati dengan sengaja merembat bola ke arah gol pelawat ketika wisel sudah pun ditiup kerana ofsaid

Minit 25 : Baddrol Bakhtiar berjaya melepaskan rembatan leret deras namun hanya sedikit sipi daripada tiang gol kanan pelawat

Minit 38 : Ketua Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Mohd Fiqry Md.Isa yang kelihatan agak kurang aggresif dan memasukkan penyerang Skuad Olimpik negara, Ahmad Shakir Ali

Minit 40 :
PENALTI !!! Sabah memperoleh sepakan penalti apabila lintangan rendah oleh Shahrul Azhar Ture dari bahagian sayap kanan terkena tangan Kapten Kedah, Mohd Fauzie Nan yang sedikit tergelincir ketika ingin mengeluarkan bola dari kotak penalti

Minit 41 : GOL !!! Mohd Farid Ideris dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti dengan menolak bola ke sebelah kiri gol Kedah

Minit 45 + 2 : Wisel penamat bagi separuh masa pertama

Separuh masa kedua

Minit 46 : Alto Linus dilayangkan kad kuning apabila didapati bersalah melakukan terjahan keras ke atas Ahmad Fauzi Shaari di luar kotak penalti Sabah. Ahmad Fauzi Shaari kelihatan terhincut-hincut sejurus selepas insiden tersebut

Minit 49 : Ahmad Fauzi Shaari melepaskan suatu peluang terbaik pada separuh masa kedua ini apabila hanya berhadapan dengan Azizon Kadir di dalam kotak penalti pelawat namun kelewatan melakukan tindakan penyudah menyaksikan pertahanan Sang Badak, Mafry Balang memintas peluang tersebut dan mengeluarkan bola dari zon bahaya. Kredit buat Ahmad Shakir Ali yang menjadi arkitek di dalam gerakan ini apabila berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan pelawat dan berjaya menghidu posisi Ahmad Fauzi Shaari yang langsung tidak dikawal oleh mana-mana pemain lawan

Minit 52 : Pemain sayap kiri Sabah, Md.Rozaimi Abd.Rahman sepatutnya menjaringkan gol pendahuluan buat pelawat tetapi sentuhan penyudah beliau yang lemah menafikan peluang tersebut. Beliau menerima bola leret daripada Shahrul Azhar Ture dan kegopohan beliau ketika melakukan penyudah membuatkan kem Sabah kecewa

Minit 55 : Rembatan jarak jauh Faizal Abu Bakar tersasar tinggi apabila menerima bola hasil “tapping” oleh Ahmad Shakir Ali dari bahagian kiri kotak penalti Sabah

Minit 58 : Ahmad Fauzi Shaari yang kelihatan terhincut-hincut dikeluarkan dan digantikan oleh Mohd Firdaus Faudzi

Minit 61 : Pelawat membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Md.Rozaimi Abd.Rahman dan digantikan oleh Stanley Bernard Samuel

Minit 65 : Azizon Kadir terpaksa melayangkan badannya untuk menepis bola rembatan Baddrol Bakhtiar dan menghasilkan tendangan penjuru buat tuan rumah

Minit 67 :
Zuraidey Jumai dilayangkan kad kuning oleh Pengadil, Mohd Sabri Mat Lazim kerana didapati berpura-pura mengalami kecederaan dan membuang masa dengan sengaja

Minit 68 : Ketua Jurulatih Sabah, Phillips Gary M. membuat pertukaran kedua pasukannya dengan memasukkan Leopold Alfonso O. bagi menggantikan penjaring tunggal pasukan Sabah, Mohd Farid Ideris

Minit 69 : Baru seminit beraksi, Leopold Alfonso O. telah dilayangkan kad kuning akibat melakukan hadangan terhadap Firdaus Faudzi yang sedang berlari mengejar bola

Minit 71 : Pemain tengah Sabah, Sabri Sahar melakukan satu rembatan jarak jauh namun berjaya didakap kemas oleh Helmi Eliza Elias

Minit 75 : Alto Linus melepaskan satu rembatan kencang tetapi berjaya diselamatkan oleh Penjaga Gol Kedah yang terpaksa melayangkan badan dan menepis bola tersebut keluar untuk sepakan penjuru buat pelawat

Minit 79 :
Mohd Firdaus Faudzi hampir-hampir menjaringkan gol kedua buat Tuan Rumah apabila tandukannya hanya sedikit sipi daripada tiang gol kanan Sabah. Ianya berpunca daripada sepakan penjuru oleh Baddrol Bakhtiar yang singgah tepat di kepala Firdaus. Situasi yang sama dengan gol Shafizan Hashim namun tuah jelas tidak menyebelahi Firdaus kali ini

Minit 83 : Sabah melakukan pertukaran terakhir mereka dengan mengeluarkan Zuraidey Jumai dan memasukkan Julamri Muhammad

Minit 85 : Kedah juga melakukan pertukaran terakhir dalam usaha untuk mencari gol kemenangan pada lewat perlawanan dengan memasukkan Mohd Azmi Muslim dan mengeluarkan Shahril Faizal Sharifuddin

Minit 87 :
Baddrol Bakhtiar berjaya melakukan sentuhan terhadap bola yang menyaksikan ianya hanya sedikit sipi dari tiang gol kiri pelawat. “Tapping” tersebut berpunca daripada sepakan lintang rendah oleh Ahmad Shakir Ali

Minit 87 : Penjaga Gol pelawat, Azizon Kadir dilayangkan kad kuning akibat melengahkan masa dalam mengambil sepakan gol

Minit 89 : Ahmad Shakir Ali hampir-hampir menceriakan penyokong-penyokong Kedah apabila berjaya melakukan “tapping” daripada bola lintang oleh Mohd Azmi Muslim. “Tapping” Shakir bagaimanapun terkena dada Penjaga Gol pelawat dan keluar daripada zon bahaya. Kecewa seluruh Stadium Darulaman!

Minit 90 + 3 : Mafry Balang menjadi pemain Sabah kelima yang dilayangkan kad kuning akibat terjahan keras terhadap Mohd Firdaus Faudzi dan menghadiakan sepakan percuma kepada Tuan Rumah di luar kotak penalti pelawat

Minit 90 + 4 :
Mohd Fauzie Nan hampir-hampir menjaringkan gol kemenangan Tuan Rumah apabila rembatan daripada luar kotak penalti beliau sekadar menggegar palang gol Sabah dan keluar daripada padang. Ianya berpunca daripada sepakan percuma yang disempurnakan oleh Mohd Azmi Muslim yang ditumbuk keluar oleh Azizon Kadir dan jatuh betul-betul di hadapan Fauzie Nan. Dengan 2 langkah, Fauzie terus melepaskan rembatan yang seakan-akan gol namun ianya sekadar terkena palang

Minit 90 + 4 : Wisel penamat perlawanan


Line up kedua-dua pasukan :

KEDAH
1-Mohd Helmi Eliza Elias (PG), 2-Mohd Fauzie Nan (K), 3-Shahril Faizal Sharifuddin (9-Mohd Azmi Muslim), 6-Shafizan Hashim, 7-Baddrol Bakhtiar, 8-Amar Rohidan, 11-Ahmad Fauzi Shaari (23-Mohd Firdaus Faudzi), 13-Khairul Helmi Johari, 17-V.Thirumurugan, 19-Mohd Faizal Abu Bakar, 28-Mohd Fiqry Md.Isa (12-Ahmad Shakir Ali)

Pemain simpanan yang tidak digunakan KEDAH

16-Mohd Fazliata Taib, 22-Mohd Al Hafiz Hamzah (PG), 24-Wan Mohd Asraf Wan Ali, 26-Hattaphon Bun An

Pemain Digantung Pasukan KEDAH
Tiada


SABAH

1-Azizon Abdul Kadir (PG), 2-Mafry Balang, 5-Md.Reithudin Ag Emran (K), 8-Zuraidey Jumai (12-Julamri Muhammad), 10-Mohd Farid Ideris (26-Leopold Alfonso O.), 11-Alto Linus, 15-Rosdin Wali, 17-Shahrul Azhar Ture, 20-Zainizam Marjan, 27-Sabri Sahar, 29-Md.Rozaimi Abd.Rahman (23-Stanley Bernard Samuel)

Pemain simpanan yang tidak digunakan SABAH
9-Razlan Oto, 21-Radzi Mohd Hussin, 25-Syed Adney Syed Hussein (PG), 28-Didie Arizal Ibrahim

Pemain Digantung Pasukan SABAH

4-Hariri Mohd Safii

Pegawai Pasukan KEDAH :

Ketua Jurulatih : Wan Jamak Wan Hassan
Pengurus Pasukan : Dato’ Haji Khazali Haji Din

Pegawai Pasukan SABAH :

Ketua Jurulatih : Phillips Gary M.
Pengurus Pasukan : Adzhar Mohamad


Pegawai Pertandingan :

Pengadil : Mohd Sabri Mat Lazim
Penolong Pengadil 1 : Zulfikar Abdullah
Penolong Pengadil 2 : Azmi Khalid
Pegawai ke 4 : Haslimi Saidin
Kommisioner Perlawanan : N.Karupiah
General Koordinator : Jamil Che Mat
Pegawai Media : Zahari Mat Isa

STATISTIK PERLAWANAN

KEDAH / SABAH

Percubaan Tepat 8 / 5
Percubaan Tersasar 9 / 3
Sepakan Penjuru 8 / 2
Sepakan Percuma 16 / 21
Kesalahan Dilakukan 17 / 15
Ofsaid 4 / 1
Kad Kuning 1 / 5
Kad Merah 0 / 0

KEPUTUSAN PENUH :

KEDAH 1 – 1 SABAH

Written by atoksyah

May 4, 2011 at 16:32

MSL 2011 : Pungutan Mata Semakin Sengit Antara Kelantan, Selangor, Terengganu; Kedah 1 – 1 Sabah

leave a comment »

Kedudukan MSL 2010-11 pada 4 Mei 2011

Jaringan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-44 telah membantu Kelantan menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium J.Corp, Pasir Gudang, Johor, malam ini, sekaligus mengekalkan kedudukan takhta Liga Super.

Kelantan FA dibawah bimbingan Datuk. M. Karathu kini mempunyai kelebihan jaringan untuk menerajui carta kedudukan selepas berkongsi 36 mata dengan pencabar terdekat, Selangor FA.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Selangor FA menewaskan Kuala Lumpur 3-1 dengan dua jaringan dilakukan oleh Rudie Ramli pada minit ke-10 dan 89 serta Safiq Rahim pada minit ke-46. Manakala gol saguhati Kuala Lumpur disumbangkan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-30.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah Terenganu FA menewaskan pasukan tercorot, Perlis FA 3-1. Bagaimanapun, Perlis FA membuat kejutan awal dengan mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Nik Shahrul Hanizam Mohd pada minit ke-17.

Terengganu FA, yang menduduki tangga ketiga liga dengan 35 mata, bangkit pada babak kedua untuk menjaringkan gol menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-54, Ashari Samsudin (min-67) dan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-76.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Negeri Sembilan FA mengatasi Perak FA 3-1. Hairudin Omar muncul wira pasukan Negeri Sembilan FA dengan menjaringkan dua gol pada minit ke 55 dan 72 manakala Mohd Khairul Ridzwan membuka tirai jaringan pada minit ke-33. Gol tunggal Perak FA dihasilkan oleh Razali Umar Kandasamy pada minit ke-89.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang FA mencatat keputusaan seri tanpa jaringan dengan Felda United FC.

Kedah 1 - 1 Sabah

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah FA seri 1-1 kepada Sabah. Gol Kedah dijaringkan oleh Shafizan Hashim minit ke-12 manakala gol Sabah pula disumbangkan oleh Mohd Farid Idris menerusi sepakan penalti pada minit ke-41.

Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Perdana di Stadium Selayang malam ini, Sime Darby mengatasi Harimau Muda B 1-0.

MSL 2010-2011 : Takziah buat jurulatih Kedah FA

leave a comment »

Pulun Kedah Pulun

Pulun Kedah Pulun

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak meyampaikan ucapan takziah kepada Jurulatih Pasukan Kedah, Wan Jamak Wan Hassan dan keluarga beliau.

Ucapan takziah tersebut disampaikan setelah mendapat berita kematian bapa mertua jurulatih Kedah itu semalam.

Jawatankuasa eksekutif juga merakamkan ucapan takziah kepada surulatih Wan Jamak.

Jawatankuasa Media KFA yang dipengerusikan oleh Sdr Yusri turut merakamkan ucapan takziah dan berharap Wan Jamak bersabar dan berdoa semoga roh Allahyarham di himpunkan bersama-sama dengan orang-orang bertaqwa.

MSL 2011 – Wan Jamak sasar Kedah juara

leave a comment »

WAN JAMAK (tengah) menerima surat pelantikan daripada Dr. Hamdan di Alor Setar semalam.

SIFU baru skuad Hijau Kuning, Wan Jamak Wan Hassan menetapkan sasaran peribadi untuk membantu Kedah muncul juara Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Bagaimanapun, bekas jurulatih Negeri Sembilan itu mengakui berdepan tugas berat untuk memastikan skuad Hijau Kuning berada di landasan yang tepat selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Ahmad Yusoff pada pertengahan musim ini.

Wan Jamak memberitahu, beliau sudah bersedia memikul tanggungjawab itu dengan mendapat bantuan semua pihak di sebalik harapan tinggi yang disandarkan peminat dan majikan barunya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Jelasnya, menerusi dua sasaran besar itu menjadikan pasukan akan lebih fokus bagi mencapai keputusan yang terbaik apabila musim ini berakhir.

“Sekiranya kita sasar yang terbaik, kita mungkin dapat mencapai keputusan yang baik. Saya akan bekerjasama dengan semua pihak khususnya penolong jurulatih dan para pemain untuk cuba mempertingkatkan lagi prestasi pasukan Kedah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis memperkenalkan beliau dan menandatangani kontrak bersama skuad Sang Kenari di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Turut hadir Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib; pengurus pasukan, Datuk Khazali Din, ahli jawatankuasa eksekutif KFA; penolong-penolong jurulatih dan para pemain pasukan bola sepak Kedah.

Ujar Wan Jamak, pada mulanya beliau bercadang untuk berehat sehingga penghujung musim ini, namun mengakui tidak boleh ‘duduk diam’ kerana bola sepak sudah menjadi darah dagingnya.

Setelah mendapat tawaran daripada KFA, katanya, beliau memilih untuk menerima jawatan berkenaan kerana melihat Hijau Kuning mempunyai ramai pemain muda yang berpontensi dan berbakat.

“Saya juga melihat Kedah dibarisi ramai pemain anak negeri ini sekali gus menjadikan sikap kekitaan atau kenegerian begitu tinggi.

“Ini menjanjikan komitmen daripada para pemain untuk memberikan yang terbaik bagi melonjakkan nama Kedah,” katanya yang akan mengendalikan sepenuhnya skuad Sang Kenari mulai Khamis ini.

Dalam pada itu, Hamdan berkata, selepas menyaring beberapa nama, KFA melihat Wan Jamak sebagai calon terbaik mengisi jawatan jurulatih berikutan prestasinya yang cemerlang ketika membimbing Negeri Sembilan.

Katanya, di sebalik peletakan jawatan Wan Jamak sebagai jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, KFA menyedari dia memiliki reputasi memberangsangkan apabila membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia dan Piala FA di bawah kendaliannya.

“KFA menetapkan sasaran Kedah berada pada kedudukan ketiga terbaik Liga Super dan mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir Piala Malaysia dengan pelantikan Wan Jamak,” katanya.

MSL 2011 : Gelaran juara boleh jadi milik Kedah FA

leave a comment »

Khyril : Kami hanya 4 mata di belakang Selangor FA

Pemain tengah, Mohd Khyril Muhymeen yakin bahwa Kedah boleh melakukan percubaan serius untuk menjuarai Liga Super Malaysia musim ini memandangkan Kedah FA hanya 4 mata di belakang Selangor FA.

Pemain kebangsaan itu yakin Kenari telah beraksi baik setelah permulaan buruk pada awal musim, untuk duduk di tangga ke-4 liga dengan 14 pasukan. Kedah telah mengumpul 24 mata dengan 7 kemenangan, 3 seri dan 3 kekalahan.

Kedah FA bersedia untuk mengambil bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan untuk menggantikan Ahmad Yusof. Sepanjang ketiadaan Ahmad Yusof, pasukan itu telah diambil alih oleh penolong jurulatih, Radhi Mat Din.

Ahmad Yusof yang telah direhatkan pada pertengahan bulan lepas berikutan persembahan longlai pasukan, telah dilantik sebagai jurulatih Pulau Pinang.

Pasukan pilihan, Selangor FA berada di landasan untuk mengekalkan kejuaraan apabila mereka mendahului liga dengan 29 mata – 4 mata di depan pasukan di posisi ke-2, Terengganu. Kelantan dan Kedah masing2 berkongsi 24 mata, tetapi Kelantan mempunyai lebih perbezaan gol.

“Kami perlu lebih konsisten di pusingan ke-2 musim ini. Saya pasti kami akan berjaya berada di atas memandangkan kami mempunyai barisan pemain yang sesuai untuk melaksanakan tugas tersebut.” kata Mohd Khyril.

Antara pemain berpengalaman dalam skuad Kedah ialah Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Azlan Ismail, Mohd Fauzie Nan, Mohd Helmi Eliza, Amar Rohidan, Khairul Helmi Johari, V. Thirumurugan dan Sabree Mat Abu.


Written by atoksyah

April 23, 2011 at 14:29

MSL 2011 : Penyokong Kedah berang; Kedah FA 1-2 Harimau Muda A

with one comment

TANPA diduga, pengadil yang mengendalikan perlawanan Liga Super Malaysia antara Kedah dengan Harimau Muda A di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin telah ‘menarik minat’ penyokong skuad Hijau Kuning.

Shokri Nor menjadi sasaran ribuan penyokong skuad Kedah setelah beberapa keputusannya menimbulkan rasa tidak puas hati mereka.

Ketidakpuasan itu bukan sahaja berlaku ketika perlawanan, malah berlarutan ke perkarangan stadium sehingga memaksa anggota keselamatan meminta mereka bersurai setelah kira-kira 10 minit berhimpun sebagai protes kepada Shokri.

Bagi penolong jurulatih Kedah, Radhi Mat Din, beliau menyerahkan kepada penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut untuk menilai kredibiliti Shokri.

“Saya bukan mahu menuding jari menyalahkan sesiapa tetapi penonton di stadium boleh menilainya,” kata Radhi ketika ditemui pemberita selepas perlawanan yang berkesudahan Kedah tewas 1-2 kepada Harimau Muda A.

Shokri turut dibantu dua penolong pengadil, M. Sivanesan dan Mohd. Nazmi Nasaruddin. Pegawai keempat pula adalah Mohd. Fazli Ishak, manakala M. Selvadorai bertindak sebagai komisioner perlawanan.

Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Izzaq Faris Ramlan yang menanduk cantik hantaran sudut pada minit ke-29 dan jaringan kedua menerusi sepakan percuma Mohd. Fandi Othman minit ke-55.

Jaringan tunggal Kedah pula diperoleh menerusi sepakan penalti Baddrol Bakhtiar pada minit ke-63.

Difahamkan, ketidakpuasan hati penonton bermula pada babak pertama apabila Shokri tidak memberikan sepakan penalti kepada Kedah setelah bola dikatakan ditampan oleh seorang pemain pertahanan Harimau Muda A.

Perlawanan itu turut ‘diserikan’ dengan lima layangan kad kuning kepada pemain Kedah iaitu Shafizan Hashim, Amar Rohidan, Ahmad Fauzi Shaari, V. Thirumurugan dan Mohd. Faizal Abu Bakar serta A. Thamil Arasu dari Harimau Muda A.

Kemuncak kemarahan penonton apabila tambahan masa hanya diberikan selama dua minit sedangkan pada minit2 akhir perlawanan dihentikan, berikutan berlaku kecederaan dan ‘perang mulut’ antara pemain kedua-dua pasukan.

Insiden itu membawa kepada layangan kad kuning kepada Shafizan dan Thamil Arasu.

Radhi yang kurang gembira dengan corak pengadilan Shokri berharap perkara sama tidak berulang dan menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA) sama ada mahu membuat bantahan atau sebaliknya.

“Saya akan lihat perkara ini (bantahan),” katanya.

Menyentuh mengenai perlawanan, Radhi memberitahu, pemain Harimau Muda A dilihat lebih enjoy dan mampu menguasai perlawanan dengan baik menerusi kepantasan mereka bergerak.

Katanya, pemain Kedah pula dilihat keletihan selepas mengharungi perlawanan yang padat selain kehilangan beberapa tonggak.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.