Posts Tagged ‘Khyril Muhymeen Zambri’
Selangor kekal dahului Liga Super; Kedah 2 – 1 NS
Oleh Fazallah Pit, Wan Faizal Ismayatim, Bashah Zainol Abidin, Kamudin Baharom, Hamid Salleh, Azizan Hashim dan Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my
SELANGOR mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas menang tipis 1-0 ke atas Perak di Stadium Perak, manakala Perlis terus menghambat skuad Merah Kuning di tangga kedua menerusi kemenangan 3-1 ke atas Pahang pada aksi malam tadi.
Kemenangan malam tadi membolehkan skuad Merah Kuning bimbingan K Devan mengumpul 43 mata selepas 18 perlawanan, manakala Perlis mengekori rapat di tangga kedua dengan 42 mata.
Selepas kebuntuan jaringan pada babak pertama, Selangor memperkemaskan gerakan pada babak kedua dan usaha mereka berhasil apabila membuka jaringan menerusi R Surendran pada minit ke-49, gol berpunca daripada hantaran silang C Premnath dari sebelah kanan kawasan Perak.
Tuan rumah kemudian berusaha mencari gol penyamaan menerusi beberapa gerakan yang mengancam benteng Selangor menerusi penyerang muda, Mohd Zafran tetapi pertahanan pelawat yang diketuai Khairul Anuar Bahrom kekal utuh untuk memastikan kemenangan.
Di Stadium Darulmakmur, Perlis membuka jaringan menerusi pemain tengah, Azi Shahril Azmi (m-30) sebelum mengesahkan kemenangan menerusi dua jaringan Nizaruddin Yusof (m-52, 66) manakala tuan rumah memperoleh gol saguhati menerusi R Kartigesu (m-90).

PENYERANG Kedah, Khyril Muhymeen (jersi Hijau Kuning) diasak pertahanan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super di Stadium Darulaman, malam tadi.
Di Stadium Darulaman, Kedah terus mengukuhkan kedudukan di kelompok tiga teratas liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan. Pelawat terlebih dulu mendahului menerusi Zaquan Adha Abdul Radzak (m-35), sebelum tuan rumah bangkit hasil jaringan Sabre Abu (m-45), Khyril Muhymeen Zambri (m-64) dan Azrul Ahmad (m-86) untuk mengesahkan kemenangan.
Di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kelantan menyambut kepulangan mereka beraksi ke Kota Bharu dengan kemenangan 3-0 mengatasi UPB-MyTeam dengan gol dijaringkan Indra Putra Mahayuddin (m-13, 42) dan Badhri Radzi (m-60), manakala di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, KM Naza menewaskan Polis 2-0.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KL Plus membawa pulang tiga mata dengan menewaskan Terengganu 2-0, manakala Johor FC turut menang di tempat lawan apabila mengatasi Pulau Pinang 5-0 di Stadium Bandaraya.
Penang 1 – 2 Kedah : Asrul wira Kedah
Oleh Bashah Zainol Abidin
sukan@hmetro.com.my
KETUA jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah menyifatkan pertemuan dengan Pulau Pinang begitu menyukarkan, namun lega selepas anak buahnya mencatat kemenangan 2-1 di Stadium Batu Kawan, malam tadi.
Bagaimanapun, menurutnya, kejayaan meraih tiga mata berharga begitu penting bagi memastikan mereka terus menghimpit pendahulu Liga Super, Perlis selain mencerahkan harapan mempertahankan kejuaraan liga dimenangi sejak dua musim lalu.
“Saya memang menjangkakan perlawanan sengit dan kemenangan tipis 2-1 ke atas Pulau Pinang sudah membuktikannya. Pemain saya bangkit memastikan kejayaan selepas terikat seri 1-1 pada separuh masa pertama. Kemenangan ini diharap berterusan apabila berdepan Perak, Sabtu ini,” katanya.
Kedah bermula baik dan mereka terlebih dulu membuka tirai jaringan pada m-20 menerusi rembatan kencang, Mohd Khyril Muhaymeen Zambri namun kedudukan itu hanya bertahan seminit apabila tuan rumah menyamakan kedudukan melalui S Thingaran.
Anak buah Azraai terus mengasak bagi memburu gol kemenangan dan mereka berjaya menjaringkan gol menerusi tendangan Asrul Ahmad pada m-75.
Keputusan ini membolehkan Kedah melonjak ke tangga ketiga liga, mengumpul 28 mata – ketinggalan empat mata kepada Perlis dan tiga mata di belakang Selangor di tangga kedua.
Azraai berkata, selain tumpuan mereka kepada pertemuan Sabtu ini, mereka juga perlu memastikan kemenangan mengatasi kelab Thailand, Chonburi FC pada saingan Piala AFC 2009 di Bangkok, Selasa depan, untuk layak suku akhir.
Sementara itu, penyerang muda, Khyril Muhymeen lega apabila menemui semula sentuhan yang sebelum gagal dilakukan pada perlawanan lalu.
“Kini, selepas berjaya menjaringkan gol ketika mengatasi ACB Hanoi pada saingan Piala AFC sebelum ini dan menemui sasaran perlawanan itu (menentang Pulau Pinang), ia begitu melegakan saya.
“Saya sekarang lebih yakin menjaringkan gol dan apa yang penting, kami berjaya meraih tiga mata berharga untuk terus kekal sebagai pencabar utama musim ini.
“Saya yakin kami mampu menang ke atas Perak jika semangat dan kesungguhan dipamerkan semua pemain malam ini, diambil kira,” katanya.
Di Stadium Darulaman, Kuala Muda Naza turut tidak ketinggalan mengutip tiga mata penuh selepas menumpaskan KL Plus, 2-0.
Kedua-dua gol dijaringkan bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-4 dan m-88.
Di Stadium Nasional Bukit Jalil, selepas gagal meraih Piala FA buat pertama kali baru-baru ini, Kelantan terus ditimpa malang apabila tunduk 2-1 kepada Johor FC.
Group G: What the coaches said…
Hong Kong’s Eastern Athletic battled back from two-goals down to rescue a 3-3 draw at home to Kedah of Malaysia.
Khyril Muhymeen Zambri opened the scoring midway through the first half before Sabree Abu added a second on the hour mark for the visitors.
But the hosts sprung into life midway through the second-half as two goals in 10 minutes from Machado and captain Wong Chun Yue dragged them back on level terms.
Zambri’s 85th minute strike looked to have secured the three points for Kedah but Pau Ka Yiu equalised at the death.
“In this game we were determined to win,” said Eastern coach Chan Hiu Ming.
“We had a lot of chances but because of some poor errors we made out situation difficult.
“The players gave a good effort right until the final minute. The result was a little disappointing but I will not blame any of the players.”
Kedah coach Azraai Kor Abdullah was understandably disappointed his side could not hold out for the three points.
“I’m not very happy,” he said. “For me we should have won the game when we were 3-2 up.”
Kedah 0-1 Chonburi FC: Kone stars for Thai side

AFC Cup 2009
ALOR STAR: Thailand’s Chonburi FC made it two wins out of two in Group G of the AFC Cup when they overcame Malaysian treble winners Kedah 1-0 at the Darulaman Stadium.
Mohamed Kone scored the only goal of the game just after the half-hour mark as the Thai Premier League leaders followed up last week’s 4-1 win over Eastern Athletic with another triumph.
Kedah started the stronger of the two sides and Badrol Bakhtiar fired narrowly wide with a low strike before Kone blasted an effort from the edge of the box the wrong side of the right post.
Khyril Muhymeen Zambri’s cross from the right presented Badrol with a chance but his touch let him down, while Chonburi skipper Anderson Freitas saw an attempt blocked by Kedah captain Victor Andrag.
The Thais had begun to take control of the game and in the 31st minute, they duly took the lead.
Kone latched onto a long ball and outstripped the Kedah defence before firing a shot past keeper Helmi Eliza Elias.
The last chance of the half fell to Freitas but this time Helmi was equal to his effort.
Badrol almost pulled Kedah level early in the second period but while his effort beat Kosin, Thailand defender Surat Sukha was on hand to clear the danger.
Both teams created several opportunities that neither could capitalise on before Kedah came agonisingly close to an equaliser after 77 minutes when winger V. Thirumurugan’s lob came back off the crossbar.
However, Chonburi held out to maintain their impressive start in this season’s AFC Cup.
Kalah pun puas hati?
KEDAH tewas pada perlawanan pembukaan Kumpulan G Piala AFC di Stadium Hang Day Hanoi, Vietnam kelmarin.
Pada perlawanan itu Kedah dibelasah 3-1 oleh kelab Hanoi ACB.
Begitupun, jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata dia berpuas hati dengan kekalahan itu.
Reaksi yang diberikan Azraai itu mungkin akan mengundang kemarahan penyokong namun itulah jawapan yang diberikannya ketika diminta mengulas mengenai kekalahan skuad Kenari pada perlawanan pertama Piala AFC itu.
Azraai menjelaskan, dia bukanlah gembira pasukannya ditewaskan lawan tetapi berpuas hati dengan corak yang dipamerkan jentera Kedah ketika beraksi atas padang yang kurang berkualiti dan becak itu.
Katanya, walaupun pasukan lawan berjaya berada di hadapan dengan dua jaringan pada babak pertama namun pemainnya masih dapat mendominasikan permainan itu.
“Saya tidak menyalahkan mereka (pemain) dengan kehadiran tiga gol lawan itu kerana dua daripada jaringan muncul akibat pemain yang mengawal bola telah terjatuh sebelum bola tersebut disambar penyerang lawan.
“Pemain terjatuh akibat padang becak kerana hujan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, rentak yang dipamerkan oleh pemain yang bukan daripada kalangan kesebelasan utama telah mempamerkan rentak permainan yang lebih bertenaga.
Menurutnya lagi, mungkin nasib tidak menyebelahi mereka walaupun banyak percubaan dilakukan oleh jentera serangannya yang diketuai Khyril Muhymeen Zambri dan Syafiq Jamal.
“Begitupun perlawanan ini bukanlah yang terakhir kerana pasukan Hanoi ACB juga akan bertandang ke Alor Setar selepas ini dan ketika itu saya rasa pemain pasti dapat menebus kekalahan ini,” tegasnya.
Kedah yang menghuni kumpulan G akan bertemu Chonburi FC dari Thailand di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 17 Mac ini.
Khyril ketagih
SETELAH berjaya menjaringkan gol pertama musim ini untuk Kedah ketika bertemu Kuala Muda Naza, penyerang kebangsaan Khyril Muhymeen sudah mula ketagih dengan perkembangan terbaru itu dan mahu mengulanginya ketika bertemu UPB/MyTeam pada perlawanan Piala FA di Stadium Darulaman, malam ini.
Menurutnya, jaringan tunggal itu melegakannya kerana begitu kecewa apabila gagal menjaringkan sebarang gol walaupun berpeluang melakukannya pada enam perlawanan Liga Super sebelum ini.
“Jaringan saya ketika bertemu Kuala Muda Naza memang melegakan saya kerana mahu tak mahu, saya memang tertekan untuk menepati sasaran gawang lawan, tetapi akhirnya matlamat ini sudah tercapai.
“Gol itu menjadi pembakar semangat saya untuk terus mencatatkan nama sebagai penjaring pada perlawanan seterusnya membabitkan Kedah khususnya ketika berdepan MyTeam nanti.
“Apa yang penting ialah memastikan kita meraih kemenangan selesa tidak kira siapa yang mencatatkan nama sebagai penjaring dan keyakinan kami memang tinggi ketika ini dan semangat tinggi setiap pemain akan memastikan kami mencapai matlamat ini,” kata Khyril.
Katanya, segala kekecewaan bersama pasukan kebangsaan sudah menjadi sejarah dan kini tumpuannya adalah memastikan Kedah berjaya melakukan apa yang dianggap mustahil oleh peminat bola sepak tempatan dan juga peminat pasukan Hijau Kuning sendiri iaitu mempertahankan tiga kejuaraan yang dimenangi sejak dua tahun lalu.
“Dalam bola sepak, tidak ada yang mustahil kerana apa-apa saja boleh berlaku. Hanya kami semua perlu bertanya pada diri sendiri dan yakin pada kemampuan untuk mencapai apa yang dianggap mustahil oleh kebanyakan pihak.
“Hendak seribu daya dan kalau tak seribu dalih, inilah peribahasa yang diamal kami ketika mengharungi setiap perlawanan dan inilah juga pembakar semangat kami sejak dua musim lalu.
“Kami rasa hanya kemenangan dapat memenuhi segala jasa dan kepercayaan diberikan Persatuan Bola Sepak Kedah, khususnya pengurus baru kami, Datuk Ghazali Din termasuk tiga jurulatih pasukan Mohd Azraai Khor Abdullah, Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail,” kata Khyril.
Katanya, dia berharap peminat setia Kedah akan terus memenuhi setiap ruang untuk membakar semangat mereka bagi mencari kemenangan selesa kerana tanpa peminat tidak ada pasukan yang akan berjaya.
Azraai Khor sanjung anak buah
Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
KESABARAN dan kesungguhan dipamerkan barisan muda Kedah ketika mengatasi Kuala Muda Naza 2-1, kelmarin mendapat pujian daripada ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Khyril Muhymeen Zambri
Pengendali itu berkata dia sudah menjangkakan taktik kasar dan corak fizikal pihak lawan kelmarin dan sudah memberi amaran awal mengenai kemungkinan itu kepada setiap anak didiknya.
“Alhamdulillah ketika memastikan tiga mata penuh dengan mengatasi KM Naza barisan pemain juga memperlihatkan kematangan dan kesungguhan ketika berdepan lawan dibarisi ramai pemain berpengalaman.
“Matlamat kami untuk mencuri tiga mata menjadi kenyataan tetapi beberapa pemain utama seperti Shahrulnizam Mustapa, Khyril Muhymeen Zambri dan Mohd Farizal Rozali mengalami kecederaan.
“Saya yakin Shahrulnizam dan Khyril mampu mengatasi kecederaan mereka sebelum bertemu UPB My Team di Stadium Darulaman pada perlawanan pertama, pusingan kedua Piala FA sementara Farizal mungkin terpaksa direhatkan pada perlawanan tersebut,” kata Azraai.
Katanya, barisan pemain muda yang beraksi dengan permainan pantas tidak mampu ditangani pemain lawan dan ini yang menyebabkan mereka mengamalkan permainan bercorak fizikal.
Katanya, ketiadaan Fazliata Taib menjadikan bahagian pertahanan sedikit goyah tetapi pemain pertahanan muda yang mampu beraksi kembali ketika bertemu MyTeam, Sabtu ini akan memantapkan bahagian ini untuk mereka mencari kemenangan selesa sebelum bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ) Selasa depan.
