Atoksyah's Weblog

anything related with Newcastle United FC & Kedah FA…

Posts Tagged ‘Liga Malaysia

Injuries, ban thrust Shafiq into limelight with Kedah

leave a comment »

Three years ago, Shafiq Jamal was just another face on the bench when Kedah edged neighbours Perlis 4-2 on penalties (0-0 in regulation time) in the FA Cup final at the State Stadium in Batu Kawan.

The following year, he came on as a substitute when the Canaries played Selangor in the FA Cup final. And he rewarded then coach Mohd Azraai Khor’s faith in him by netting the third goal in Kedah’s 3-2 win over Selangor.

This year, thanks to injuries (Samransak Kram and Farizal Rozali) and suspension (Azlan Ismail) to the seniors in the team, the 22-year-old Shafiq has found himself thrust into the limelight and he is cherishing every moment of his romance with the FA Cup.

His love affair with the Cup reaches its climax on Saturday when Kedah take on Negri Sembilan in the final at the National Stadium in Bukit Jalil.

And Shafiq is now eager to carry out the role entrusted to him by coach Ahmad Yusof to perfection, like how he scored the all-important second goal in the 2-1 win over Terengganu in the semi-final, return leg last Saturday for a 4-1 aggregate triumph.

The former national Under-20 striker, however, was quick to warn his team-mates to be prepared to work hard if they wanted to overcome an experienced Negri Sembilan side packed with current and former national players.

“They have experienced players like Shukor Adan, Mohd Aidil Zafuan and Ching Hong Aik in defence. Then, in attack, they can count on national striker Mohd Zaquan Adha,” said Shafiq.

“Luckily, we have played them before in the League and we know what we are up against and we will be better prepared this time.”

Corak menyerang julang Kedah ke perlawanan akhir

leave a comment »

ALOR SETAR- Keberkesanan percaturan pasukan Kedah yang menekankan corak menyerang meskipun mempunyai bekalan gol selesa dilihat antara faktor membawa skuad itu mara ke perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Tidak mahu mengamalkan permainan bertahan, skuad Hijau Kuning memulakan misi memburu gol ke atas pasukan Terengganu sebaik wisel perlawanan ditiupkan dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman kelmarin.

Taktik itu berkesan apabila Sang Kenari memperoleh gol seawal minit kelima sebelum menambah jaringan 19 minit kemudian sekali gus menempah tiket ke perlawanan akhir Piala FA edisi ke-21 dengan agregat 4-1.

Aksi di pentas akhir itu merupakan kali keempat bagi skuad Hijau Kuning yang akan bertemu Negeri Sembilan selepas muncul juara sebanyak tiga kali iaitu pada 1996, 2007 dan 2008.

Ketua jurulatih, Ahmad Yusoff berkata, strategi pasukan Kedah untuk mengasak ke kubu Terengganu membuahkan hasil apabila anak buahnya berjaya mencipta dua gol pada babak pertama perlawanan.

Keadaan itu, katanya, menambahkan keyakinan kesebelasan Sang Kenari yang turun beraksi dengan bekalan dua gol.

”Kami memang tidak mahu bermain secara bertahan kerana taktik seumpama itu akan memberi tekanan kepada pemain.

”Syukur kerana Kedah dapat bermula dengan garang apabila menjaringkan dua gol lagi yang membuatkan para pemain lebih yakin.

”Tetapi barisan Kedah kemudian nampak mula selesa sehingga menjadi agak leka yang memberi peluang kepada Terengganu untuk mengasak dan mendapat satu gol”.

Ahmad Yusoff yang pertama kali mara ke aksi final sebagai ketua jurulatih berkata, kejayaan itu merupakan hadiah kepada para peminat Kedah yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada Sang Kenari.

Mengulas mengenai kekuatan lawannya pada perlawanan akhir nanti, dia menyifatkan pasukan itu perlu dihormati tetapi Kedah akan berjuang habis-habisan untuk merangkul Piala FA buat kali keempat.

Katanya, tempoh seminggu yang ada sebelum hari penentuan akan digunakan oleh kem Hijau Kuning dengan sebaik-baiknya termasuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Kedah won’t take two-goal lead for granted

with one comment

KUALA TERENGGANU: An unexpected victory. But Kedah are not about to just ride on a 2-0 lead with an away goal advantage they now command over Terengganu in the FA Cup semi-final tie.

Kedah coach Ahmad Yusof made that clear that his side would still work very hard for a positive result in the second-leg match at the Darulaman Stadium in Alor Setar on Saturday.

The Canaries had trooped out of the first-leg match at the Sultan Ismail Stadium in Kuala Terengganu on Tuesday with more than they had hoped for.

“A draw from the away match would have been a great result. But the team surprised me with their performance and their determination to win the match,” said Ahmad.

“We not only won but have the bonus of two precious away goals in the bag to help our cause to reach the final.”

National Under-23 striker Faizal Abu Bakar put Kedah in front in the 28th minute and their top goal poacher, Azlan Ismail, netted the second in the 59th minute to take his tally to eight goals thus far in all competitions.

Ahmad was quick to warn his boys against taking the Turtles for granted in the return match.

“Terengganu certainly have the ability to turn things around. They were very creative and dangerous in the first-leg match but poor finishing let them down,” he said.

“We have to keep their attack, especially their striker, Manaf (Mamat), under close check in the return match.”

But Kedah will not be at full strength for the second-leg match. National defender Mohd Sabre Abu will be out on a one-match suspension for having received two yellow cards.

And Shahrulnizam Mustapha is a doubtful starter after suffering a recurrence of a groin injury. Azlan’s availability is also hanging in the balance as he has to face the FA of Malaysia’s disciplinary board tomorrow for a red card offence in the quarter-final first-leg match against Armed Forces on March 9.

“We hope that Sharulnizam’s injury is not too serious and we have to keep our fingers crossed that the disciplinary board will not hand Azlan more punishment than the two-match automatic suspension,” said Ahmad.

UPB MyTeam 0 – Kedah 1

leave a comment »

UPB MyTeam 0 – Kedah 1

Kenari menewaskan MyTeam untuk kemenangannya yang kedua. Ini adalah berita yang menggembirakan kerna 3 mata yang berharga membolehkan Kedah mengutip 7 mata, ketinggalan 8 mata daripda pendahulu. Gol dijaringkan oleh Fazliata pada minit awal permainan.

Kelantan pula menewaskan Terengganu 3-2, mengutip 15 mata, hanye sekali kalah kepada KL Plus hasil ‘penalti’ tidak menyediakan gelanggang yang sempurna.

Syabas kepada Kedah, namun usaha perlu dilipatgandakan memandangkan kemenangan setakat ini hanya kemenangan tipis, berbanding Selangor yang gah meratah pihak lawan.

Written by atoksyah

February 16, 2009 at 11:35

Selangor rampas takhta, Kedah bangkit garang

leave a comment »

 

Selangor rampas takhta, Kedah bangkit garang

 

Oleh Hussain Said, Fazallah Pit, Bashah Zainol Abidin, Azizan Hashim, Hamid Salleh dan Asrol Awang – bhsukan@bharian.com.my

 

JUARA bertahan, Kedah akhirnya merasai nikmat kemenangan sulung, musim ini apabila dua gol sumbangan Mohd Fadly Baharom menghancurkan rekod sempurna pendahulu Liga Super, KL Plus dengan kemenangan 2-0 di Stadium Darulaman, malam tadi.

Setelah 4 games, akhirnya Kedah menang – Berjaya menundukkan pendahulu Liga Super, KL Plus. Namun ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerna KL Plus mendahului 4 game sebelum ini kerna ehsan FAM yang menghadiahkan mereka kemenangan 3-0 ke atas Kelantan kerana penundaan perlawanan di Kelantan sebelum ini. FA England pun benarkan tangguh perlawanan kerna salji meliputi permukaan padang…tak tahu apa keputusan yang FAM ambil kalau lah peristiwa yang sama berlaku di Selangor?

Kekalahan sulung itu menyaksikan KL Plus bimbingan Mat Zan Mat Aris tergelincir ke tangga ketiga selepas status penguasa tangga teratas diambil alih Selangor yang mengatasi Perlis 2-1 di Stadium Shah Alam.

Negeri Sembilan turut melonjak mengatasi KL Plus untuk kini mengisi tangga kedua selepas meleburkan rekod tanpa kalah Johor FC hasil kemenangan 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Asakan sejak awal nyata jadi kunci kejayaan Kedah apabila Mohd Fadly sudah pun membuka tirai jaringan pada minit kesembilan menerusi kuisan mudah bola lantunan hasil cubaan awal Shahrulnizam Mustapha.

Kelebihan itu digandakannya pada minit ke-63 apabila bola tandukan Mohd Fadly melepasi jangkauan penjaga gol KL Plus, Mohd Hairul Nizam Haniff.

Selangor pula menangkis ancaman sengit Perlis apabila gol Mohd Nasriq Baharom (m-40) dan Fazildin Khalid (m53) menjamin kemenangan 2-1. Gol tunggal Perlis dijaringkan Daniel Fazly Abdullah pada minit ke-57.

Shahurain Abu Samah pula jadi wira Negeri Sembilan menerusi sumbangan dua gol, pada minit keempat dan ke-66 ketika S Kunalan turut meletakkan nama dalam senarai penjaring apabila menemui sasaran pada minit ke-46 untuk membenam Johor FC.

Dalam aksi lain, Pulau Pinang diatasi UPB MyTeam 2-3 di gelanggang sendiri ketika Perak turut kalah dengan keputusan sama di tangan Kelantan.

Kelantan telah membeli pemain2 yang agak ternama di Malaysia – dijangka akan membuktikan sesuatu dalam Liga Super. Pasukan yang menarik untuk disaksikan pada musim ini.

Pahang juga kempunan apabila tumbang 1-2 kepada KM Naza ketika Terengganu, hasil gol Ashaari Shamsuddin, berjaya mengatasi Polis 1-0.

Written by atoksyah

February 11, 2009 at 10:28

Kedah, Sabah tiada masalah

leave a comment »

KUALA LUMPUR – Kedah dan Sabah tidak menghadapi masalah melepaskan pemain import selepas Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) tidak lagi membenarkan khidmat mereka digunakan dalam saingan Liga Malaysia musim 2009.

Malah kedua-dua pasukan lega kerana tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk membayar gaji mereka.

Pengurus Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, pasukannya mengikat kontrak dengan pemain import dari setahun ke setahun dan bukannya untuk tempoh yang panjang.

“Kami memang amalkan cara seperti ini kerana sekiranya ada masalah, kita boleh menamatkan khidmatnya selepas satu musim jika tidak berpuas hati dengan prestasi mereka.

“Untuk musim 2008 dan saingan Piala Malaysia yang akan berakhir bulan ini, kontrak pemain import kami akan tamat pada 31 Ogos ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sehubungan itu, pihaknya tidak perlu memikirkan langsung untuk membayar ganti rugi kepada pemain import sebaliknya boleh memberi lebih tumpuan kepada pemain tempatan.

“Kami memang sudah bersedia untuk beraksi tanpa pemain import. Baru-baru ini juga, tanpa pemain import yang pulang mewakili negara mereka, Kedah masih mampu mencatat kemenangan,” tegasnya.

Sementara itu, Sabah juga tidak menghadapi masalah untuk melepaskan pemain import mereka yang juga telah tamat kontrak lebih awal.

Pengurus pasukan, Abdul Rahman Datuk Zakaria ketika dihubungi berkata, seperti Kedah, Sabah juga mengikat kontrak dari setahun ke setahun bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.

“Kami bayar gaji mereka tinggi berbanding pemain tempatan tetapi adakalanya kualiti mereka tidak setanding dengan bayaran yang mereka terima.

“Jadi ada baiknya FAM menghentikan khidmat pemain import ini dalam Liga Malaysia supaya duit yang ada itu digunakan untuk melahirkan bakat-bakat baru,” katanya.

Written by atoksyah

August 6, 2008 at 00:47

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.