Atoksyah's Weblog

anything related with Newcastle United FC & Kedah FA…

Posts Tagged ‘Liga Super 2009

Kagum benam Kedah

leave a comment »

Johor FC 5 – 1 Kedah FA

JURULATIH Johor FC, Ramlan Rashid mengakui betapa dirinya tergamam melihat persembahan anak didiknya melakar kemenangan bergaya 5-1 ke atas Kedah pada saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam kelmarin.

Bekas pemain pertahanan Johor itu tidak menyangka kesebelasan utama yang beraksi mampu memperkotak-katik benteng pertahanan juara liga musim lalu sehingga skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah bagaikan mati langkah untuk melakukan kebangkitan malah ia satu rekod cemerlang tatkala belum pernah menang besar sejak tiga musim lalu.

“Sebelum aksi bermula saya jangkakan tentangan sengit bakal dihadapi Johor FC tatkala melihat reputasi Kedah yang dianggap antara pasukan terbaik pada saingan Liga Super namun sebaliknya yang berlaku apabila barisan Johor FC yang menguasai perlawanan.

Rizal Mohd Noor

Written by atoksyah

July 13, 2009 at 15:25

Selangor cemas sebelum catat kemenangan; Kedah 1 – 0 UPB MyTeam

leave a comment »

KUALA LUMPUR – Selangor terpaksa menunggu jaringan kemenangan pemain gantian Amirulhadi Zainal pada minit ke-77 untuk mengutip tiga mata penuh sekali gus mengekalkan teraju Liga Super apabila menewaskan KL PLUS 1-0 di Stadium Shah Alam, semalam.

Jaringan Amirulhadi yang dimasukkan di babak kedua dihasilkan setelah mendapat hantaran silang R. Surendran, membolehkan skuad K. Devan mengumpul 51 mata.

Namun, Perlis terus menghambat Selangor bagi penentuan juara Liga Super musim ini apabila menang 4-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dengan baki empat perlawanan, Perlis yang ketinggalan dua mata dilihat merupakan pencabar tunggal Selangor bagi penentuan juara musim ini.

Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, rentak kemenangan Kelantan direntap oleh Terengganu apabila mengalahkan skuad bimbingan Peter Butler 2-0.

Pasukan tuan rumah, Terengganu memperoleh gol menerusi Ahmad Nordin Alias pada minit ketujuh sebelum Abdul Manaf Mamat menamatkan sisa peluang Kelantan menerusi gol kedua pada minit ke-54.

Aksi tegang perlawanan menyebabkan penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dibuang padang pada minit ke-78 kerana mengkasari Tengku Hazman Raja Hassan.

Kedah yang seri tanpa jaringan dengan KL PLUS Sabtu lalu, bangkit dengan kemenangan 1-0 ke atas UPB MyTeam menerusi jaringan Mohd. Afif Amiruddin pada perlawanan di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Johor FC pula mencatat kemenangan selesa di tempat lawan apabila mengalahkan Perak 3-0 diStadium Perak, Ipoh.

Pasukan pelawat mendahului seawal minit ketiga hasil jaringan Mohd. Azizan Baba disusuli Mohd. Nurul Azwan pada minit ke-52 dan Mohd. Ezaidy M. Kadar pada minit ke-90.

Sementara itu, pertembungan dua pasukan tercorot menyaksikan Pahang mengalahkan Polis 3-1 di Stadium Darulmakmur, Kuantan.

Pasukan tuan rumah meraih gol menerusi R. Karthigesan (m-20), R. Surendran (m-35) dan Mohd. Bardul Hisani (m-50) manakala pelawat memperoleh jaringan sagu hati menerusi Mohd. Fauzi Abdul Rasyid pada minit ke-65.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang membenam KM Naza 3-0 menerusi jaringan Mohd. Irme Mat (m-31), S. Thinagaran (m-71) dan Muhd. Rafiuddin Roddin (m-84).

Written by atoksyah

July 1, 2009 at 09:54

Selangor kekal dahului Liga Super; Kedah 2 – 1 NS

leave a comment »

Oleh Fazallah Pit, Wan Faizal Ismayatim, Bashah Zainol Abidin, Kamudin Baharom, Hamid Salleh, Azizan Hashim dan Asrol Awang

bhsukan@bharian.com.my

SELANGOR mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas menang tipis 1-0 ke atas Perak di Stadium Perak, manakala Perlis terus menghambat skuad Merah Kuning di tangga kedua menerusi kemenangan 3-1 ke atas Pahang pada aksi malam tadi.

Kemenangan malam tadi membolehkan skuad Merah Kuning bimbingan K Devan mengumpul 43 mata selepas 18 perlawanan, manakala Perlis mengekori rapat di tangga kedua dengan 42 mata.

Selepas kebuntuan jaringan pada babak pertama, Selangor memperkemaskan gerakan pada babak kedua dan usaha mereka berhasil apabila membuka jaringan menerusi R Surendran pada minit ke-49, gol berpunca daripada hantaran silang C Premnath dari sebelah kanan kawasan Perak.

Tuan rumah kemudian berusaha mencari gol penyamaan menerusi beberapa gerakan yang mengancam benteng Selangor menerusi penyerang muda, Mohd Zafran tetapi pertahanan pelawat yang diketuai Khairul Anuar Bahrom kekal utuh untuk memastikan kemenangan.

Di Stadium Darulmakmur, Perlis membuka jaringan menerusi pemain tengah, Azi Shahril Azmi (m-30) sebelum mengesahkan kemenangan menerusi dua jaringan Nizaruddin Yusof (m-52, 66) manakala tuan rumah memperoleh gol saguhati menerusi R Kartigesu (m-90).

PENYERANG Kedah, Khyril Muhymeen (jersi Hijau Kuning) diasak pertahanan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super di Stadium Darulaman, malam tadi.

PENYERANG Kedah, Khyril Muhymeen (jersi Hijau Kuning) diasak pertahanan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super di Stadium Darulaman, malam tadi.

Di Stadium Darulaman, Kedah terus mengukuhkan kedudukan di kelompok tiga teratas liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan. Pelawat terlebih dulu mendahului menerusi Zaquan Adha Abdul Radzak (m-35), sebelum tuan rumah bangkit hasil jaringan Sabre Abu (m-45), Khyril Muhymeen Zambri (m-64) dan Azrul Ahmad (m-86) untuk mengesahkan kemenangan.

Di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kelantan menyambut kepulangan mereka beraksi ke Kota Bharu dengan kemenangan 3-0 mengatasi UPB-MyTeam dengan gol dijaringkan Indra Putra Mahayuddin (m-13, 42) dan Badhri Radzi (m-60), manakala di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, KM Naza menewaskan Polis 2-0.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KL Plus membawa pulang tiga mata dengan menewaskan Terengganu 2-0, manakala Johor FC turut menang di tempat lawan apabila mengatasi Pulau Pinang 5-0 di Stadium Bandaraya.

Nizaruddin, Fauzie jadi sandaran Singa Utara bertemu Kedah

leave a comment »

Oleh Kamudin Baharom

bhsukan@bharian.com.my

 

KAPTEN pasukan, Mohd Fauzie Nan dan penjaring terbanyak, Mohd Nizaruddin Yusoff menjadi sandaran Perlis untuk memburu kemenangan apabila menentang Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Darulaman, esok.

Penolong jurulatih, Azamri Zali berkata, pengalaman Fauzie yang juga bekas ketua pasukan Kedah diharap dapat memastikan pertahanan pasukan benar-benar mantap berdepan cabaran pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah itu.

Pada masa sama, skuad Singa Utara itu mengharapkan sentuhan penyudah Nizaruddin untuk memastikan mereka dapat pulang dari Alor Setar dengan tiga mata.

“Saya percara Nizaruddin pasti akan dikawal ketat lawan tapi percaya dia masih berkeupayaan untuk menggegar jaring tuan rumah nanti,” katanya.

Azamri turut mengharapkan pemain lain yang rata-ratanya berusia antara 18 dan 25 tahun mampu menampilkan semangat juang tinggi dan persembahan berkualti.

Antara pemain itu adalah penjaga gawang, Mohd Farizal Marlias, Amzar Junaidi Abd Jalil dan Mazlizam Mohamad (pertahanan), Azi Shahril Azmi, Amar Rohidan, Mohd Syazwan Zainol (tengah) dan penyerang, Mohd Firdauz Faudzi.

“Kami sudah mengingatkan pemain bahawa perlawanan menentang Kedah, malam esok bukan sesuatu yang mudah kerana lawan pasti akan memberikan tentangan sengit.

“Oleh itu, siapa saja pemain yang dipilih bagi memikul tugas pada perlawanan itu nanti, mesti bersedia daripada segi fizikal dan mental bagi memastikan impian mengutip mata menjadi kenyataan,” katanya.

Written by atoksyah

May 29, 2009 at 16:01

Perak 1 – 0 Kedah : Kedah tetap idam gelaran hatrik

leave a comment »

“KEDAH tidak boleh kalah lagi jika mahu mengekalkan trofi Liga Super bagi musim ketiga berturut-turut.”

Itu amaran penolong jurulatih Kedah, Radhi Mat Din selepas skuad Hijau Kuning tewas mengejut 0-1 kepada Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.

“Kami tidak boleh kalah lagi kerana ia akan meluaskan jurang perbezaan mata dengan pendahulu liga, Selangor,” jelas Radhi.

Ekoran kekalahan itu, Radhi menuntut agar anak buahnya segera bangkit dan mengutip mata penuh dalam pertemuan dengan Perlis di Stadium Darul Aman Sabtu ini.

Selepas mengharungi 17 perlawanan, Kedah yang juga juara treble bagi dua musim berturut-turut ketinggalan sembilan mata di belakang Selangor.

Sekalipun menghuni tangga keempat, Kedah masih menaruh harapan untuk mengekalkan kejuaraannya musim ini.

“Walaupun berada di tangga keempat, kami masih berpeluang mengekal kejuaraan Piala Liga ini,” jelas Radhi lagi.

Mengenai kekalahan mengejut Kedah malam kelmarin, Radhi berkata, kegagalan barisan serangan menyudahkan peluang gol serta kecuaian barisan pertahanan dan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias menyebabkan mereka tumbang di Ipoh.

“Gol yang diperoleh Perak seolah-olah hadiah daripada Kedah akibat kesilapan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka.

“Kami berjaya menguasai perlawanan tetapi gagal menjaringkan gol,” tambah Radhi.

Penjaring terbanyak Perak, Razali Umar Kandasamy muncul wira apabila berjaya mencuri bola daripada pertahanan Kedah sebelum menguis masuk bola ke gawang Kedah pada minit ke-47.

Tambah Radhi, ketiadaan tiga tonggak utamanya, Victor Andrag, V. Thirumurugan dan Ronny Harun turut menjejaskan rentak persembahan Kedah pada malam kelmarin.

“Yang jelas, ketiga-tiga pemain tersebut belum pasti beraksi Sabtu ini,” kata Radhi.

 

http://www.kosmo.com.my/

Written by atoksyah

May 28, 2009 at 09:56

Selangor 3 – 1 Kedah : Selangor Dethrone Perlis From Top Spot

leave a comment »

KUALA LUMPUR, May 23 (Bernama) — FA Cup champion Selangor, dethroned overnight Super League leader Perlis from the top spot with a stylish 3-1 demolition of Kedah at the Shah Alam stadium here Saturday night.

Selangor however, were trailing Kedah in the first half when Ahmad Fauzi Shaari struck on the stroke of half time to put his team in the lead but Selangor came back from the break with renewed vigour and drew level in the 55th minute through a superb strike by skipper Amri Yahyah.

Rudie Ramli made it 2-1 in favour of Selangor with a 62nd minute goal while Mohd Amirulhadi Zainal put the icing on the cake with an 87th minute goal for his team’s 13th win of the season, giving them 40 points and the top spot.

Perlis who were leading Selangor by a point before the start of the fixtures tonight, unexpectedly lost 0-2 to Terengganu at their own backyard and now trail the Red Giants, coached by K. Devan, by two points.

Kedah who last week advanced into the last 16 of the AFC Cup, also lost their third placing in the table due to the lost as Negeri Sembilan who whipped Penang 5-1 at the Paroi Stadium in Seremban tonight, ditched them from the spot.

The former twice treble winner had hoped to avenge the 1-4 defeat to Selangor at the Darulaman Stadium during the season-opening Charity Shield match, but Selangor, looking to add the Super League title to the FA Cup were in no charity mode.

Losing FA Cup finalist Kelantan meanwhile, facing financial woes due to the Football Association of Malaysia’s (FAM) ban on home matches at the Sultan Mohamed IV Stadium, suffered their fifth consecutive defeat when KL Plus scored a 2-0 win at the KLFA Stadium in Cheras.

At the JCorp Stadium in Johor Baharu, Johor FC whipped Pahang 4-0 to hand coach Dollah Salleh his biggest defeat since taking over the Pahang ruins from Tajuddin Nor at the end of last month.

The defeat kept Pahang rooted at the bottom of the table, just one spot ahead of last placed Police who drew 0-0 with UPB MyTeam at the Petaling Jaya Stadium in Kelana Jaya.

Perak also suffered a major setback when KM Naza scored a convincing 3-1 victory at the Darulaman Stadium.

With tonight’s win, KM Naza with 28 points, moved into sixth spot while Kelantan are in seventh, Terengganu in eighth and UPB MyTeam are ninth.

 

– BERNAMA

Written by atoksyah

May 24, 2009 at 09:43

Penang 1 – 2 Kedah : Asrul wira Kedah

leave a comment »

Oleh Bashah Zainol Abidin

sukan@hmetro.com.my

KETUA jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah menyifatkan pertemuan dengan Pulau Pinang begitu menyukarkan, namun lega selepas anak buahnya mencatat kemenangan 2-1 di Stadium Batu Kawan, malam tadi.

Bagaimanapun, menurutnya, kejayaan meraih tiga mata berharga begitu penting bagi memastikan mereka terus menghimpit pendahulu Liga Super, Perlis selain mencerahkan harapan mempertahankan kejuaraan liga dimenangi sejak dua musim lalu.

“Saya memang menjangkakan perlawanan sengit dan kemenangan tipis 2-1 ke atas Pulau Pinang sudah membuktikannya. Pemain saya bangkit memastikan kejayaan selepas terikat seri 1-1 pada separuh masa pertama. Kemenangan ini diharap berterusan apabila berdepan Perak, Sabtu ini,” katanya.

Kedah bermula baik dan mereka terlebih dulu membuka tirai jaringan pada m-20 menerusi rembatan kencang, Mohd Khyril Muhaymeen Zambri namun kedudukan itu hanya bertahan seminit apabila tuan rumah menyamakan kedudukan melalui S Thingaran.

Anak buah Azraai terus mengasak bagi memburu gol kemenangan dan mereka berjaya menjaringkan gol menerusi tendangan Asrul Ahmad pada m-75.

Keputusan ini membolehkan Kedah melonjak ke tangga ketiga liga, mengumpul 28 mata – ketinggalan empat mata kepada Perlis dan tiga mata di belakang Selangor di tangga kedua.

Azraai berkata, selain tumpuan mereka kepada pertemuan Sabtu ini, mereka juga perlu memastikan kemenangan mengatasi kelab Thailand, Chonburi FC pada saingan Piala AFC 2009 di Bangkok, Selasa depan, untuk layak suku akhir.

Sementara itu, penyerang muda, Khyril Muhymeen lega apabila menemui semula sentuhan yang sebelum gagal dilakukan pada perlawanan lalu.

“Kini, selepas berjaya menjaringkan gol ketika mengatasi ACB Hanoi pada saingan Piala AFC sebelum ini dan menemui sasaran perlawanan itu (menentang Pulau Pinang), ia begitu melegakan saya.

“Saya sekarang lebih yakin menjaringkan gol dan apa yang penting, kami berjaya meraih tiga mata berharga untuk terus kekal sebagai pencabar utama musim ini.

“Saya yakin kami mampu menang ke atas Perak jika semangat dan kesungguhan dipamerkan semua pemain malam ini, diambil kira,” katanya.

Di Stadium Darulaman, Kuala Muda Naza turut tidak ketinggalan mengutip tiga mata penuh selepas menumpaskan KL Plus, 2-0.

Kedua-dua gol dijaringkan bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-4 dan m-88.

Di Stadium Nasional Bukit Jalil, selepas gagal meraih Piala FA buat pertama kali baru-baru ini, Kelantan terus ditimpa malang apabila tunduk 2-1 kepada Johor FC.

Pulau Pinang tetap waspada

leave a comment »

Oleh Anuar Asmadi

sukan@hmetro.com.my

PULAU PINANG sedar Kedah yang akan dihadapinya malam ini di Batu Kawan boleh mengancam hasratnya untuk menjauhi dari zon bahaya dalam Liga Super.

Ini memandangkan Kedah gergasi utara yang sukar ditentang lantaran mempunyai ramai pemain bertaraf bintang.

Kejayaan Pulau Pinang menumpas Perak 1-0 hujung minggu lalu membolehkan skuad kendalian S Veloo kembali berada dalam suasana lega.

“Memanglah kami akan berhadapan satu lagi situasi yang kritikal kerana umum mengetahui Kedah pasukan jitu dan terbaik dalam Liga Super musim ini,” kata Veloo.

Pulau Pinang yang berada dalam keadaan ala yo-yo sudah tidak lagi mampu mencicirkan mata kerana mereka bagaikan berada di hujung tanduk.

“Itulah sebabnya kami perlu menang kerana kalah bermakna kami mengundang bahaya,” katanya.

Written by atoksyah

May 12, 2009 at 16:21

Tugas berat di Batu Kawan

leave a comment »

Oleh Bashah Zainol Abidin

sukan@hmetro.com.my

KETUA jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah memberi amaran kepada pemainnya bukan mudah untuk mengatasi Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan, saingan Liga Super, malam ini selepas mengambil kira kemenangan skuad itu ke atas Perak di Ipoh, minggu lalu.

Menurutnya, Pulau Pinang berjaya meningkatkan prestasi berbanding awal musim ketika mereka menjadi pasukan belasahan, kini, bantuan beberapa pemain senior pemain muda membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan corak permainan diaturkan.

“Saya sudah bersemuka dengan pemain dan menyedarkan mereka tugas berat bakal menanti di Batu kawan. Mereka tidak boleh anggap Pulau Pinang mudah diatasi hanya kerana kedudukan mereka pada tangga bawah liga ketika ini.

“Apa yang melegakan saya ialah kembalinya penyerang muda, Fadly (Baharom) yang direhatkan sejak lebih sebulan lalu kerana nahas jalan raya.

“Saya yakin kalau mereka dapat beraksi seperti dipamerkan ketika membelasah ACB Hanoi 7-0 pada perlawanan Piala AFC Selasa lalu, tidak ada sebab mengapa kita tidak mampu mengutip mata penuh (pada perlawanan itu),” kata Azraai.

Written by atoksyah

May 12, 2009 at 16:18

Kedah, Johor raih tiga mata

leave a comment »

Oleh Bashah Zainol Abidin dan Rizar Mohd Noor

bhsukan@bharian.com.my

 

PEMAIN Kedah, Mohd Faizal Abu Bakar (kiri) merebut bola dengan penjaga gol Pahang, Mohd Khairol Adzhar dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Star, malam tadi. Kedah menang 3-1.

PEMAIN Kedah, Mohd Faizal Abu Bakar (kiri) merebut bola dengan penjaga gol Pahang, Mohd Khairol Adzhar dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Star, malam tadi. Kedah menang 3-1.

KEDAH menunjukkan taring dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Super apabila menewaskan Pahang 3-1 di Stadium Darulaman, malam tadi pada hari yang turut menyaksikan Johor FC turut ceria membelasah Polis 4-0 di laman sendiri.

 

Kejayaan itu menyaksikan Kedah melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 25 mata – memintas juara Piala FA, Selangor dan finalis Piala FA, Kelantan di atas perbezaan jaringan.

Anak didik Mohd Azraai Khor Abdullah menggunakan sepenuhnya kesempatan bermain di gelanggang sendiri untuk memerangkap Pahang – yang berada dua anak tangga di dasar liga – apabila sudah di depan menerusi jaringan Faizal Abu Bakar minit ke-11.

Ketika Pahang bergelut kembali menyusun jentera serangan, pelawat sekali lagi dihukum minit ke-28 apabila Shahrulnizam Mustafa menjadikan kedudukan 2-0, namun berselang 10 minit, Pahang merapatkan jurang menerusi jaringan Mohd Shahrizan Md Salleh.

Tersentak, Kedah melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang pelawat sebelum Mohd Khyril Muhymeen kembali mengukuhkan penguasaan apabila menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Remezi Che Ros pada minit ke-41 untuk gol ketiga.

Babak kedua menyaksikan tuan rumah menggandakan asakan dengan menguasai penuh permainan, namun kekentalan anak buah Tajudin Nor berjaya mengekang asakan untuk tidak terus diaibkan.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor FC mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri untuk mengutip mata penuh – sekali gus meletakkan pasukan pelawat berada di ambang penyingkiran ke Liga Perdana, musim depan.

Tatkala begitu dahagakan kemenangan, tuan rumah melakukan dua percubaan awal menerusi rembatan dari luar kotak penalti Mohd Riduwan Maon pada minit ketujuh selain rembatan jarak dekat, Nurul Azwan Roya minit ke-24, namun penjaga gol pelawat, Abdul Rahman Ismail menjadi penghalang.

Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-36 untuk memecah kebuntuan selepas sepakan lintang Mohd Syafuan Ridwan ditanduk kemas kapten, Wan Rohaimi Ismail menewaskan Abdul Rahman yang gagal menyelamat bola daripada menerjah jaring.
Tatkala aksi babak kedua bersambung, Mohd Syaiful Sabtu tidak mensia-siakan peluang terhidang pada minit ke-46 dan ketika masuk minit ke-81 dan dua minit untuk ditamatkan Nurul Azwan memastikan kemenangan buat tuan rumah.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.