Posts Tagged ‘Malaysia’
HARIMAU MALAYA 2011: Malaysians unite for Harimau Malaya
KUALA LUMPUR – Malaysians united in support of Harimau Malaya against Singapore in a second-round World Cup qualifier last night. Cars were parked by the roadside and highways as far as 5km from Bukit Jalil National Stadium, bringing traffic to almost a standstill.
At the stadium, the atmosphere was loud and festive, with the presence of more than 80,000 supporters who thronged the stadium from as early as 3pm.
Jalur Gemilang was seen everywhere. Spirited fans waved the small ones proudly while a sea of fans in yellow and blue jerseys held up the big ones.
Cheers echoed and trumpets blared even before the game started at 8.45pm.
The 3,000 Singapore fans in red were all but drowned out by the presence of the Malaysian fans, who stood shoulder to shoulder.
The match ended in a 1-1 draw, but Singapore qualified for the next round on an aggregate win of 6-4.
HARIMAU MALAYA 2011: Harimau Malaya berputih mata
KUALA LUMPUR – Malaysia terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk beraksi semula di peringkat kelayakan Piala Dunia apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, semalam.
Stadium Nasional Bukit Jalil dan 90,000 penyokong Harimau Malaya menjadi saksi detik kejatuhan Harimau Malaya apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 untuk membawa kepada kekalahan agregat 6-4.
Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 tidak mampu untuk meningkatkan semangat rakan-rakannya yang lain apabila Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan 13 minit kemudian melalui Shi Jiayi.
Aksi sederhana pada separuh masa pertama boleh menjadi punca utama skuad negara gagal untuk menyaingi Singapura, di tambah dengan ketiadaan pemain perancang dan ketua pasukan, Safiq Rahim.
Perlawanan yang membosankan kerana terlalu banyak iklan oleh pemain SingaBerpura-pura. Kejap tergolek. Kejap terbalik. Kejap terbaring. Kejap pegang kaki. Kejap pegang perut. Kejap pegang kepala. Bosan melihatnya. Pengadil pula layan je perangai mereka. Pernah dulu tok menonton pengadil yang melayangkan kad kuning kepada pemain yang kerap tergolek, tidak seperti pengadil yang ini. Takkan tak boleh fikir, kalau pemain tu memang cedera, kenapa pengurus dia tak keluarkan dia dan lebih rela tangok dia tergolek, terbalik, terbaring, tertonggeng dan macam-macam “ter” lagi.
Safiq digantung perlawanan apabila menerima kad merah pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan Malaysia tewas 3-5.
Anak buah Datuk K. Rajagobal ternyata kurang selesa dengan kelebihan yang ada pada pemain Singapura iaitu kekuatan fizikal dan hantaran jauh.
Rajagobal mengakui, pasukannya tidak bermain agresif pada babak pertama, malah mengakui kealpaan benteng sekali lagi menghukum mereka ketika membenarkan Singapura merobek gawang pada separuh masa kedua.
“Kami tidak kalah, kami seri malam ini tetapi kami gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Kami tidak bermula agresif walaupun ada masanya kita membuat serangan, cuma di separuh masa kedua pemain mula menunjukkan permainan lebih baik tetapi ia tidak mencukupi.
“Saya rasa, apabila Aidil (Zafuan Abd. Radzak) terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, ia menganggu perancangan pasukan. Dia keluar terlalu awal dan memaksa kami memasukkan Muslim,” kata Rajagobal.
Hasrat untuk melihat pemain pertahanan berpengalaman, Aidil beraksi selama 90 minit tidak tercapai apabila dia dikeluarkan pada minit ke-27 dan digantikan dengan Muslim Ahmad apabila mengalami kecederaan.
Harapan menggunung penyokong Harimau Malaya untuk melihat Malaysia bangkit pada separuh masa kedua gagal dijelmakan manakala Singapura ampuh bertahan hasil permainan mantap pemain pertahanan Daniel Bennett.
Pemain tengah, Ismail Faruqi seperti kekeringan idea untuk merencanakan serangan bahaya tatkala Singapura mengharapkan kehebatan pemain kelahiran China, Jiayi dan Qiu Li.
Gandingan Safee dan Abd. Hadi Yahya juga tidak begitu menjadi apabila tidak mempunyai keserasian yang mantap tatkala S. Kunanlan gagal mempamerkan permainan lincah seperti dalam perlawanan sebelum ini.
Ibarat jatuh sudah ditimpa tangga aksi penutup perlawanan Malaysia Singapura dicemari dengan layangan kad merah kepada pemain gantian negara, Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan.
Bagaimanapun, pujian layak diberikan kepada penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat yang beberapa kali menyelamatkan percubaan merbahaya pihak lawan.
Fahmi memang cemerlang semalam. Terserlah kehebatannya dalam perebutan bola satu-lawan-satu (one-to-one) dan juga tiruk (diving). Namun hantaran tendangan golnya (goal kick) mungkin kurang bagus berbanding Sharbinee. Dia perlu perbaiki kemahiran tendangan gol supaya Malaysia lebih mudah membuat serangan balas.
Apa-pun kita perlu menerima hakikat bahawa masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika berhasrat untuk beraksi pada peringkat yang lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia 2018.
Sementara itu, penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat berkata, Singapura berhak melayakkan diri ke pusingan seterusnya kerana menunjukkan permainan yang lebih baik. “Kita tidak kalah malam ini, cuma kita seri. Singapura lebih layak dan berhak ke pusingan seterusnya,” kata Khairul Fahmi.
HARIMAU MALAYA 2011: Malaysia XI 0-4 Arsenal
BUKIT JALIL, Kuala Lumpur – Arsenal memberikan bayangan kepada para peminatnya akan apa yang boleh mereka harapkan dalam musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka menewaskan Malaysia dengan jaringan 4-0 dalam perlawanan pemanas badan sempena Tour of Asia 2011.
Ia bukanlah permainan yang paling menghiburkan, tetapi 4 gol itu cukup untuk membuatkan peminat-susah-mati Arsenal yang merupakan sebahagian daripada 60000 penonton di stadium gembira.
Perlawanan ini diharap membantu meningkatkan pengalaman setiap anak buah K. Rajagopal, yang masih perlu banyak belajar untuk berjaya di pentas antarabangsa.
Arsenal menurunkan barisan yang terbaik apabila Arsene Wenger turut menurunkan pemain-pemain bintangnya termasuklah Samir Nasri, Robin Van Persie dan Andrey Arshavin pada suku masa terakhir perlawanan.
Malaysia pula memulakan perlawanan dengan 8 pemain daripada skuad yang telah menjulang Piala Kejuaraan AFF-Suzuki 2011.
Minit ke-15: Aaron Ramsey menyumbat gol pertama melalui sepakan penalti, menewaskan penjaga gol Mohd Nasril Nourdin. Penalti dihadiahkan akibat kekasaran yang dilakukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak ke atas Jack Wilshere dalam kotak penalti.
Minit ke-24: Safiq Rahim mempunyai peluang terbaik untuk menyumbat gol, namun penjaga gol Wojciech Szczesny tiruk-maut untuk menafikan sepakan percumanya dari jarak 35-meter.
Minit ke-37: Theo Walcott menyumbat gol ke-2. Tendangan-lambungnya menewaskan Mohd Nasril yang meluru ke depan.
Minit ke-53: Pemain gantian separuh masa kedua, Carlos Vela menyumbat gol ke-3. Pertahanan Malaysia kucar-kacir disebabkan oleh larian derasnya.
Minit ke-90: Pemain gantian separuh masa kedua, Tomas Rosicky menyumbat gol ke-4 melalui tandukan jarak dekat hasil bola lintasan Andrey Arshavin.
Peminat Arsenal, macam biasa, amat gembira dan menikmati perlawanan yang disajikan dengan sentuhan2 dan kawalan menarik oleh pasukan kesayangan mereka. Tipikal rakyat Malaysia.
Hanya Kunalan sahaja yang bermain baik dalam pasukan Malaysia dengan larian pantas di sayap kiri. Walaupun Carl Jenkinson mengekangnya, Kunalan membuatkan penonton bersorak dengan kedegilannya untuk melepasi pertahanan-kanan Arsenal yang lebih besar fizikalnya itu.
The Gunners mungkin akan menang lebih besar jika pemain Malaysia tidak meletakkan bas di depan gol, jika bukan Airbus A380.
Malaysia:
Mohd Nasril Nourdin (Khairul Fahmi Che Mat), Mahalii Jasuli (Helmi Remeli), Mohd Asraruddin Putra Omar (Mohd Azmi Muslim), Mohd Fadhli Shas, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (Mohd Muslim Ahmad), Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani (Abdul Hadi Yahaya), S. Kunalan, Mohd Amirulhadi Zainal (Baddrol Bakhtiar).
Arsenal:
Wojciech Szczesny (Vito Mannone), Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny, Theo Walcott, Aaron Ramsey, Alex Song, Jack Wilshere, Kieran Gibbs (Carlos Vela), Marouane Chamakh (Emmanuel Frimpong), Ryo Miyaichi (Tomas Rosicky), Carl Jenkinson.
Related articles
- Malaysia XI 0 Arsenal 4: match report (telegraph.co.uk)
Harimau Malaya: Badrol Bakhtiar tekad gegar jaring Taiwan
“JANGAN bazirkan peluang menjaringkan gol jika perkara seumpama itu berada di depan mata. Saya berazam menggegar jaring lawan andai diberi peluang jurulatih diturunkan pada pertembungan itu.
Begitulah kata-kata yang terpancar penyerang negara, Baddrol Bakhtiar menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Menurutnya, perlawanan berdepan pasukan Asia Timur itu amat penting kerana pasukan negara memerlukan bekalan selesa sebelum bertandang ke tempat lawan pada 3 Julai ini.
“Kami perlu memanfaatkan kesempatan beraksi di laman sendiri kerana menyedari Chinese Taipei juga satu lawan yang hebat.
“Sudah tentu sokongan daripada peminat diperlukan dan berharap mereka membanjiri stadium bagi menaikkan semangat kami beraksi,”
Baddrol juga tidak menjadikan alasan bermain di hadapan puluhan ribu penyokong Malaysia sebagai tekanan, malah beranggapan mampu membakar semangat pemain negara di atas padang nanti.
Nama peledak berbisa Kedah itu menjadi buah mulut peminat tempatan apabila memperagakan permainan bertenaga sewaktu mengalahkan Myanmar 2-0 dalam aksi persahabatan di Kota Bharu.
Harimau Malaya 2011: Badrol mahu terus diberi peluang.
Sekalipun terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas beraksi cemerlang dengan skuad negara dalam perlawanan menentang Myanmar, penyerang negara, Baddrol Bakhtiar tetap tidak berpuas hati dengan mutu persembahannya.
Baddrol menyedari dia terlepas dua peluang terbaik untuk meletakkan Malaysia di kedudukan lebih baik dalam usahanya memikat jurulatih negara, K. Rajagobal selepas beberapa pemain utama khususnya di bahagian serangan tidak dapat beraksi atas beberapa alasan.
“Pasukan sekarang memang berbeza daripada yang lepas-lepas. Pasukan negara kini bermain dengan corak pantas dan persaingan sememangnya sengit bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Saya akan teruskan latihan dan berusaha lebih lagi agar diberi kepercayaan oleh jurulatih,” kata Baddrol yang setakat ini telah mengumpul sembilan gol dalam Liga Super bersama pasukan Kedah.
Dalam perlawanan ujian itu, Baddrol diberi peranan di bahagian tengah di belakang Abdul Hadi Yahaya sebelum diletakkan sebagai penggempur utama selepas Abdul Hadi dikeluarkan.
Posisi yang tepat dan corak lariannya sentiasa menghantui pertahanan lawan sehingga menjadi bualan penyokong
Liga Malaysia : FAM lantik dua agensi padang tiruan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah melantik agensi dari Jerman dan Belgium bagi membantu pembinaan padang tiruan untuk menggantikan padang rumput di stadium-stadium di negara ini.
Usaha menukar padang rumput kepada padang tiruan itu sejajar dengan galakan FIFA namun padang tiruan yang dibina mesti menepati prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh badan bola sepak dunia itu.
Ia merupakan usaha FAM bagi memastikan kualiti padang di setiap stadium tidak terganggu dengan jumlah penggunaan yang terlalu kerap.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pelantikan agensi itu untuk membantu pengurusan stadium yang berminat menukar padang rumput kepada padang tiruan.
Kos setiap satu padang tiruan dianggarkan sekitar RM 3 juta.
“Kami hanya boleh membantu mereka jika berminat menggunakan padang tiruan namun keputusan muktamad terletak pada mereka sendiri.
“Padang tiruan lebih mudah diselenggarakan dan boleh bertahan lapan tahun.
“Kebanyakan stadium sering berdepan masalah menjaga kualiti padang dan menjejaskan mutu permainan,” katanya.
FAM 2011 : Polis siasat FAM
POLIS akan menyiasat badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung ‘status’ perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe pada 2009.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, bagaimanapun polis akan menunggu kehadiran pegawai antirasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang di jadual datang ke negara ini minggu hadapan.
“Pihak Fifa akan memberikan maklumat berkaitan kes yang melibatkan pasukan negara kepada polis dalam pertemuan tersebut.
“Mereka (Fifa) mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam kes membabitkan jual perlawanan dan perjudian. Maklumat itu penting untuk kita mulakan siasatan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan badan induk bola sepak dunia itu yang mengaitkan siasatan mereka dengan dua perlawanan persahabatan antara pasukan negara dengan Zimbabwe.
Katanya, sekiranya benar dakwaan tersebut, polis akan memastikan semua yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.
“Kita (polis) pandang serius perkara ini kerana ia berunsurkan perjudian. Jika kita tidak buat penyiasatan, nanti orang luar kata kita membenarkan perjudian.
“Kita akan pastikan Malaysia bukan negara yang merestui aktiviti perjudian bola sepak,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu Reuters bahawa FAM dijangka menerima kunjungan daripada pegawai pencegah rasuah Fifa minggu hadapan.
Menurut Azzuddin, beliau dihubungi ketua keselamatan Fifa, Chris Eaton, Isnin lalu selepas laporan media yang mendedahkan badan induk bola sepak dunia itu akan menyiasat berhubung dua perlawanan persahabatan tersebut.
Zimbabwe dikatakan hanya menurunkan skuad berstatus kelab pada perlawanan persahabatan itu walaupun Fifa diberitahu, ia satu perlawanan antarabangsa kelas ‘A’.
Azzudin turut menafikan FAM membiayai kunjungan pasukan Zimbabwe ke Malaysia.
Dalam perlawanan tersebut, pasukan negara menumpaskan pasukan dari benua Afrika itu dengan jaringan 4-0 dan 1-0.
MSL 2011 : Wan Jamak bidas pemain muda Kedah FA

PEMAIN Kedah, Mohd. Azmi Muslim (tengah) dicabar dua pemain Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin. Selangor menang 2-0.
JURULATIH Kedah FA, Wan Jamak Wan Hassan ternyata kecewa dengan prestasi barisan pemain mudanya ketika tewas 0-2 kepada Selangor FA pada aksi Liga Super Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.
Jelas Wan Jamak, peluang yang diberikan kepada pemain muda untuk beraksi sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya, namun gagal memberi persembahan baik seperti yang diharapkan.
Katanya, biarpun anak-anak buahnya mampu beraksi dengan baik pada babak pertama, namun keadaan sebaliknya berlaku pada separuh masa kedua yang menyaksikan Selangor memperoleh dua gol.
“Saya lihat pemain muda, terutamanya Ahmad Shakir Ali yang dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan Mohd. Khyril Muhymeen Zambri tidak bermain bersungguh-sungguh dan tidak banyak melakukan gerakan agresif seperti yang saya harapkan.
“Hilang bola tak nak kejar, ini bukan pasukan bola sepak kampung, ini pasukan negeri dan dia perlu menghormati bendera dan pasukan negeri sendiri,” tegas Wan Jamak sejurus selepas tamat perlawa- nan kelmarin.
Dua jaringan Selangor dihasilkan oleh Mohd. Fadzli Shaari pada minit ke-59 dan Rudie Ramli (87).
Menurut Wan Jamak, tahap ketahanan dan kecergasan pemain-pemain Kedah juga lemah se- hingga menyebabkan mereka melakukan beberapa kesilapan sehingga memberi ruang kepada pasukan lawan.
Katanya, beliau mempunyai masa selama seminggu untuk memperkemaskan kembali jentera pasukan dan memperbaiki beberapa kesilapan bagi menghadapi perlawanan akan datang.
“Saya nak tekan mereka (pemain) pun tak patut, sebab soal kecergasan dan ke- tahanan tenaga perlu dilakukan sebelum saingan liga berlangsung.
“Kita akan mengenal pasti pemain lain bagi membantu jentera serangan mencari gol pada perlawanan berikutnya,” katanya.
MSL 2011 : Kedah turun tempang tembung Selangor
PERIT memikirkan cabaran tanpa segenggam tonggak utama yang tercedera dan belum cergas, jurulatih Kedah FA, Wan Jamak Wan Hassan tiada pilihan kecuali bergantung kepada sumbangan barisan muda menjelang pertemuan menentang Selangor FA dalam saingan Liga Super Malaysia 2011 di Stadium Darulaman, malam ini.
“Saya harap dengan strategi yang kita atur dapat mencipta satu kejutan mengutip mata penuh di tempat sendiri walaupun dengan barisan muda,” katanya, semalam.
Antara pemain utama yang masih cedera dan tidak cergas sepenuhnya adalah pemain sayap, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, penyerang, Azlan Ismail serta dua pemain tengah, Mohd Azmi Muslim dan V Thirumurugan.
Wan Jamak berkata walaupun akan berdepan tekanan daripada penyokong sendiri, dia menasihatkan anak didiknya itu bermain dengan sikap tenang tetapi penuh berwaspada menyedari Selangor FA mampu menghukum setiap kesilapan lawan.
“Tekanan penyokong sebenarnya baik untuk menyuntik semangat pemain tetapi bukan semua pemain dapat terima,” katanya. “Saya harap pemain dapat memberi fokus 100 peratus.”
MSL : Seorang daripada pemain import mesti dari Asean
Bermula musim depan, pemain import akan kembali mewarnai arena bola sepak tanah air dan seorang daripada mereka mestilah dari negara Asean, demikian diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa berkata FAM secara dasarnya bersetuju dengan kemasukan kembali pemain import dalam liga tempatan dan keputusan muktamad akan dibuat dalam masa yang terdekat ini.
“Ini adalah bagi memberi peluang kepada pasukan negeri mencari pemain import terbaik dan bukannya tangkap muat pemain luar nanti,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM pada Khamis.
Annuar berkata penggunaan khidmat pemain import diharapkan dapat memberi sumbangan dan pendedahan kepada pemain tempatan untuk beraksi lebih kompetitif.
“Saya harap pemain tempatan mampu bersaing dengan pemain asing untuk menunjukkan kualiti terbaik dan seterusnya menarik minat peminat bola sepak tempatan untuk meramaikan stadium seperti dahulu.
“Selain itu dari segi penyiaran, kita juga mahu menarik minat penonton Asean dan mempromosikan arena bola sepak negara,” katanya.
FAM mula membenarkan khidmat pemain import beraksi dalam Liga Malaysia dengan pengenalan Liga Semi Pro pada 1989 sebelum menamatkan khidmat mereka bermula musim 2009.
Annuar berkata pada aksi Liga Malaysia musim depan, FAM akan mengurangkan perlawanan Liga Super dengan hanya 12 pasukan beraksi berbanding 14 sekarang.
Beliau berkata FAM sedang merancang melakukan rombakan Liga Malaysia dan dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk meningkatkan tahap bola sepak negara.

