Posts Tagged ‘Mohd Azraai Khor Abdullah’
MSL 2011 : Nasib Pasukan Kedah
SELEPAS timbul dakwaan pemain Pulau Pinang menjual perlawanan dan kemerosotan prestasi pasukan Perlis, kini tiba giliran skuad Hijau Kuning dihimpit kemelut dalaman sehingga memaksa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merehatkan Ketua Jurulatihnya, Ahmad Yusof.
Keputusan merehatkan jurulatih itu berikutan prestasi terumbang-ambing Sang Kenari di saingan Liga Super.
Walaupun dibarisi lapan pemain kebangsaan, Kedah hanya mampu mencatatkan satu kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan daripada enam perlawanan liga.
Lebih malang, anak buah Ahmad Yusof terkeluar daripada kempen Piala FA selepas tewas kepada pasukan berstatus kelab, Felda United.
Berikutan prestasi hambar itu, penyokong Hijau Kuning mengadakan piket di luar Stadium Darul Aman mendesak Ahmad dan pengurus pasukan Datuk Khazali Din segera meletak jawatan.
Begitulah marahnya penyokong setia Kedah yang kecewa dengan persembahan longlai pasukan kesayangan mereka.
Malah, pada perlawanan Liga Super di antara Kedah dan Selangor baru-baru ini yang berkesudahan Sang Kenari tumpas 2-0, sudah kelihatan jelas amarah penyokong yang tidak dapat dibendung lagi.
Penyokong bagaikan tidak mahu menerima hakikat bahawa pasukan Kedah pernah mencatatkan kejayaan treble di bawah bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah (Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA) musim 2007 dan 2008 tidak lagi berbisa .
Justeru, timbul spekulasi bahawa pengendali berusia 59 tahun itu bakal kembali membimbing pasukan berkenaan.
Jika benar, diharap Azraai mampu mengubah nasib Kedah sekali gus mengelak pasukan itu kembali terjerumus ke kancah Liga Perdana.
Kedah, Johor raih tiga mata
Oleh Bashah Zainol Abidin dan Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my

PEMAIN Kedah, Mohd Faizal Abu Bakar (kiri) merebut bola dengan penjaga gol Pahang, Mohd Khairol Adzhar dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Star, malam tadi. Kedah menang 3-1.
KEDAH menunjukkan taring dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Super apabila menewaskan Pahang 3-1 di Stadium Darulaman, malam tadi pada hari yang turut menyaksikan Johor FC turut ceria membelasah Polis 4-0 di laman sendiri.
Kejayaan itu menyaksikan Kedah melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 25 mata – memintas juara Piala FA, Selangor dan finalis Piala FA, Kelantan di atas perbezaan jaringan.
Anak didik Mohd Azraai Khor Abdullah menggunakan sepenuhnya kesempatan bermain di gelanggang sendiri untuk memerangkap Pahang – yang berada dua anak tangga di dasar liga – apabila sudah di depan menerusi jaringan Faizal Abu Bakar minit ke-11.
Ketika Pahang bergelut kembali menyusun jentera serangan, pelawat sekali lagi dihukum minit ke-28 apabila Shahrulnizam Mustafa menjadikan kedudukan 2-0, namun berselang 10 minit, Pahang merapatkan jurang menerusi jaringan Mohd Shahrizan Md Salleh.
Tersentak, Kedah melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang pelawat sebelum Mohd Khyril Muhymeen kembali mengukuhkan penguasaan apabila menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Remezi Che Ros pada minit ke-41 untuk gol ketiga.
Babak kedua menyaksikan tuan rumah menggandakan asakan dengan menguasai penuh permainan, namun kekentalan anak buah Tajudin Nor berjaya mengekang asakan untuk tidak terus diaibkan.
Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor FC mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri untuk mengutip mata penuh – sekali gus meletakkan pasukan pelawat berada di ambang penyingkiran ke Liga Perdana, musim depan.
Tatkala begitu dahagakan kemenangan, tuan rumah melakukan dua percubaan awal menerusi rembatan dari luar kotak penalti Mohd Riduwan Maon pada minit ketujuh selain rembatan jarak dekat, Nurul Azwan Roya minit ke-24, namun penjaga gol pelawat, Abdul Rahman Ismail menjadi penghalang.
Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-36 untuk memecah kebuntuan selepas sepakan lintang Mohd Syafuan Ridwan ditanduk kemas kapten, Wan Rohaimi Ismail menewaskan Abdul Rahman yang gagal menyelamat bola daripada menerjah jaring.
Tatkala aksi babak kedua bersambung, Mohd Syaiful Sabtu tidak mensia-siakan peluang terhidang pada minit ke-46 dan ketika masuk minit ke-81 dan dua minit untuk ditamatkan Nurul Azwan memastikan kemenangan buat tuan rumah.
Khyril idam robek gawang Tok Gajah
Oleh Bashah Zainol Abidin dan Asrol Awang
am@hmetro.com.my
“TIGA mata penuh menjadi matlamat Kedah berdepan cabaran Pahang di Stadium Darulaman bagi meneruskan cabaran memburu trofi Liga Super musim ini,” kata penjaring dua gol, Khyril Muhymeen Zambri bertemu Eastern Athletic di Hong Kong, minggu lalu.
Menurutnya, Kedah tidak mempunyai pilihan lain kecuali meraih tiga mata penuh.
“Saya bersyukur kerana sudah menemui kembali sentuhan penyudah setelah ketandusan gol pada beberapa perlawanan lalu, terutama ketika diaibkan Kelantan di Alor Star.
“Kupayaan Pahang tidak boleh dinafikan dan jika ambil sikap lewa, Kedah mungkin menerima kejutan.
“Kini kombinasi saya dengan Fadly Baharom, Faizal Abu Bakar dan Badrul Bakhtiar sudah mula menunjukkan peningkatan dan buktinya kemampuan kami merobek gawan lawan,” kata Khyril.
Katanya, tidak kira siapa penjaring gol, kemenangan adalah satu kewajipan buat kesebelasan Kedah.
Lagipun, tambahnya, Kedah tidak jauh ketinggalan berbanding mata diperolehi Perlis dan mereka hanya mampu mengejar Perlis dengan memastikan kemenangan berterusan pada baki perlawanan liga musim ini.
“Saya yakin kami mampu mengatasi Pahang tetapi ini hanya dapat dilakukan dengan kesungguhan pemain menurut strategi ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Pahang yang dikritik hebat, Tajuddin Nor mahu pemainnya bangkit garang dalam memburu kemenangan di gelanggang sendiri.
“Pemain di bahagian serangan perlu bijak memburu gol, manakala benteng kemas mengawal kubu,” katanya yang menyandarkan harapan kepada Mohd Azamuddin Akil dan Razlan Oto.
Group G: What the coaches said…
Hong Kong’s Eastern Athletic battled back from two-goals down to rescue a 3-3 draw at home to Kedah of Malaysia.
Khyril Muhymeen Zambri opened the scoring midway through the first half before Sabree Abu added a second on the hour mark for the visitors.
But the hosts sprung into life midway through the second-half as two goals in 10 minutes from Machado and captain Wong Chun Yue dragged them back on level terms.
Zambri’s 85th minute strike looked to have secured the three points for Kedah but Pau Ka Yiu equalised at the death.
“In this game we were determined to win,” said Eastern coach Chan Hiu Ming.
“We had a lot of chances but because of some poor errors we made out situation difficult.
“The players gave a good effort right until the final minute. The result was a little disappointing but I will not blame any of the players.”
Kedah coach Azraai Kor Abdullah was understandably disappointed his side could not hold out for the three points.
“I’m not very happy,” he said. “For me we should have won the game when we were 3-2 up.”
Terengganu silap percaturan, tewas kepada Kedah
CORAK permainan yang terlalu berhati-hati membawa padah kepada Terengganu apabila tewas 0-2 kepada Kedah dalam saingan Liga Super, malam kelmarin.
Lebih malang, kekalahan di hadapan peminat sendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu turut menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut pasukan tersebut.
Kekalahan itu sangat memalukan, sekali gus mengecewakan peminat setia skuad Penyu yang hadir menyaksikan perlawanan itu.
Pengurus Pasukan, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof berkata, keputusan menurunkan ramai pemain tidak berpengalaman adalah antara faktor yang menyebabkan kekalahan itu.
“Corak permainan serba tidak menjadi malam ini (kelmarin) apabila pasukan mempamerkan aksi yang longlai.
“Tujuan utama kita menurunkan ramai pemain-pemain muda dalam perlawanan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tetapi sebaliknya berlaku.
“Nampaknya mereka gagal menyaingi pasukan Kedah yang dianggap lebih berpengalaman,” kata Sheikh Ahmad.
Menurut Sheikh Ahmad, peluang untuk menjaringkan gol tetap ada tetapi kesilapan yang dilakukan oleh jentera serangan telah menyentak semangat pasukan.
Selain itu strategi yang digunakan oleh pasukan lawan untuk lebih banyak bertahan telah menyukarkan peluang anak-anak buahnya menjaringkan gol.
Bagaimanapun skuad Terengganu masih berpeluang untuk mencipta kejayaan tetapi perlu memperbaiki segala kesilapan dengan kadar segera.
Katanya, gol pertama yang diperoleh Kedah adalah disebabkan kesilapan pemain pertahanan manakala gol kedua tidak dijangka hasil satu serangan balas yang pantas.
Sementara itu, jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, kemenangan ini sangat bermakna kerana ia dicatat di hadapan peminat tuan rumah.
“Berdasarkan rekod-rekod pertemuan lalu, anak-anak buah saya sangat sukar untuk mencatat kemenangan di tempat lawan.
“Jadi, saya bersyukur kerana kami berjaya menewaskan Terengganu yang ketika ini dianggap sebagai salah sebuah pasukan yang sedang meningkat naik,” katanya.
Menurut Azraai, dia terpaksa menggunakan strategi bertahan dengan meletakkan lima pemain di bahagian pertahanan kerana beberapa pemain utama mengalami kecederaan.
[AFC Cup] Kedah FA (2) – Eastern Athletic (0) : What the coaches said…
Kedah recorded their first win in the competition with a 2-0 success against Hong Kong’s Eastern Athletic, a result which keeps them in contention for a place in the knockout phase of the tournament.
“I am not satisfied with their performance as what they played tonight was not our usual game,” said coach Azrai Khor Abdullah.
“There were not much running on the flanks and I felt that the players did not show much urgency in their game. Sure we won our first full points in the competition although at times I was a little worried by the lapses in concentration.”
Meanwhile, Chan Hiu Ming, the team manager for Eastern Athletic, felt that the unpredictable weather conditions on the night played havoc with his team’s hopes of winning the tie.
“The weather is so different when compared to how it is in Hong Kong. We did not expect the weather to be so extreme from one to the other,” said Chan.
“It rained for the entire first half and that affected the team’s rhythm. And in the second half, the rain suddenly stopped but by the time we found the rhythm, it was already a little late.”
Kedah terpaksa ketepi Fadly, Hisham, Faizal
Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my

JUARA bertahan Piala FA, Kedah terpaksa mengetepikan Fadly Baharom, Hisham Sofi dan Faizal Abu Bakar bagi perlawanan kedua pusingan kedua menentang UPB-MyTeam di Stadium MBPJ, malam ini.
Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, khidmat ketiga-tiga pemain itu terpaksa diketepikan kerana masih dibayangi kecederaan.
“Kecederaan mereka agak serius dan memerlukan waktu rehat lebih panjang daripada saya jangkakan,” kata Azraai.
Namun, tanpa mereka, Azraai tetap mengharapkan pasukannya untuk bangkit selepas sekadar seri 1-1 dalam pertemuan pertama di Stadium Darulaman, Sabtu lalu.
“Pemain saya sedar cabaran yang bakal dihadapi mereka pada perlawanan esok (malam ini) dan mereka sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk berdepan cabaran MyTeam.
“Bagi saya peluang untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya adalah sama banyak dan hanya kesungguhan dan kemampuan pemain saya akan memastikan kami berjaya esok (malam ini),” katanya.
Menurut Azraai, anak buahnya berjaya menguasai perlawanan pertama Sabtu lalu tetapi hanya kegagalan barisan penyerangnya mengecewakan mereka dan yakin penggempurnya sudah mengatasi kelemahan itu.
“Saya yakin dengan kemampuan pemain saya dan mereka juga mengetahui apa yang perlu dilakukan kerana sebelum ini kami sudah melalui keadaan begini berpuluh kali dan mereka sudah membuktikan kesungguhan mereka itu.
“Kalau MyTeam mampu menjaringkan gol di Stadium Darulaman, kami juga boleh melakukan yang sama di Stadium MBPJ esok (malam ini),” katanya.
Khyril ketagih
SETELAH berjaya menjaringkan gol pertama musim ini untuk Kedah ketika bertemu Kuala Muda Naza, penyerang kebangsaan Khyril Muhymeen sudah mula ketagih dengan perkembangan terbaru itu dan mahu mengulanginya ketika bertemu UPB/MyTeam pada perlawanan Piala FA di Stadium Darulaman, malam ini.
Menurutnya, jaringan tunggal itu melegakannya kerana begitu kecewa apabila gagal menjaringkan sebarang gol walaupun berpeluang melakukannya pada enam perlawanan Liga Super sebelum ini.
“Jaringan saya ketika bertemu Kuala Muda Naza memang melegakan saya kerana mahu tak mahu, saya memang tertekan untuk menepati sasaran gawang lawan, tetapi akhirnya matlamat ini sudah tercapai.
“Gol itu menjadi pembakar semangat saya untuk terus mencatatkan nama sebagai penjaring pada perlawanan seterusnya membabitkan Kedah khususnya ketika berdepan MyTeam nanti.
“Apa yang penting ialah memastikan kita meraih kemenangan selesa tidak kira siapa yang mencatatkan nama sebagai penjaring dan keyakinan kami memang tinggi ketika ini dan semangat tinggi setiap pemain akan memastikan kami mencapai matlamat ini,” kata Khyril.
Katanya, segala kekecewaan bersama pasukan kebangsaan sudah menjadi sejarah dan kini tumpuannya adalah memastikan Kedah berjaya melakukan apa yang dianggap mustahil oleh peminat bola sepak tempatan dan juga peminat pasukan Hijau Kuning sendiri iaitu mempertahankan tiga kejuaraan yang dimenangi sejak dua tahun lalu.
“Dalam bola sepak, tidak ada yang mustahil kerana apa-apa saja boleh berlaku. Hanya kami semua perlu bertanya pada diri sendiri dan yakin pada kemampuan untuk mencapai apa yang dianggap mustahil oleh kebanyakan pihak.
“Hendak seribu daya dan kalau tak seribu dalih, inilah peribahasa yang diamal kami ketika mengharungi setiap perlawanan dan inilah juga pembakar semangat kami sejak dua musim lalu.
“Kami rasa hanya kemenangan dapat memenuhi segala jasa dan kepercayaan diberikan Persatuan Bola Sepak Kedah, khususnya pengurus baru kami, Datuk Ghazali Din termasuk tiga jurulatih pasukan Mohd Azraai Khor Abdullah, Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail,” kata Khyril.
Katanya, dia berharap peminat setia Kedah akan terus memenuhi setiap ruang untuk membakar semangat mereka bagi mencari kemenangan selesa kerana tanpa peminat tidak ada pasukan yang akan berjaya.
