Atoksyah's Weblog

anything related with Newcastle United FC & Kedah FA…

Posts Tagged ‘St James’ Park

NUFC 2011: Fakta pra-perlawanan Newcastle United vs Everton

leave a comment »

Berikut adalah fakta2 berkaitan pertembungan di antara Newcastle United dan Everton di St James’ Park.

 

1. 8 gol telah dijaringkan di antara NUFC dan Everton, 7 pada separuh masa pertama & 1 gol pada minit awal separuh masa kedua.

2. Kemenangan Everton pada musim lalu menamatkan 8 kunjungan mereka ke St James Park tanpa menang.

3. Newcastle sekarang masih tidak pernah kalah dalam 13 perlawanan liga, pencapaian terbaik tanpa kalah mereka dalam Premier League.

4. Necastle menang 5 dan seri 4 dalam 9 perlawanan terakhir di St James Park.

5. Pasukan terakhir yang menewaskan NUFC di St James Park ialah Everton.

6. Everton sekarang telah bolos dalam 7 perlawanan, prestasi terburuk mereka sejak Februari.

7. Tim Cahill telah membuat 199 penampilan dalam Premier League untuk the Toffees

8. Demba Ba telah menjaringkan 8 gol dalam 5 perlawanan terakhirnya di Premier League.

9. Daripada 13 pemain yang menjaringkan 4 atau lebih gol musim ini, Ba mempunyai peratus gol tertinggi iaitu 47%

10. Everton mempunyai kadar kejayaan merampas bola sebanyak 81.5% musim ini, yang terbaik dalam Premier League.

11. Newcastle setakat ini telah membuat 5 clearances di atas garisan gol, musim ini.

 

NUFC 2011: Ben Arfa hampir sedia untuk kembali beraksi

leave a comment »

Hatem Ben Arfa dikatakan akan kembali beraksi untuk Newcastle United minggu ini.

Pemain tengah itu terpaksa berehat panjang setelah patah kaki dalam perlawanan menentang Manchester City pada Oktober lalu.

Kehilangannya amat terasa di St James Park, dan atok memang merindui kemahirannya di atas padang, di mana NU memang kekurangan pemain dengan kemahiran teknikal seperti dia. Dia boleh memperlahankan rentak permainan dengan mengawal bola dalam tempoh yang lama sementara menunggu rakan2 maju ke gawang lawan atau juga menunggu peluang melepaskan rembatan deras ke pintu gol. Dia juga boleh mengubah posisi bola dari kiri ke tengah atau ke kanan padang. Keadaan ini akan membantu mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Berbeza dengan pergerakan Jonas yang mudah dibaca, di mana dia sering menggunakan bahagian kiri padang.

Ben Arfa telah kembali berlatih, dan dia kini bersedia mewakili Newcastle menentang Nottingham Forest dalam perlawanan Piala Carling pada malam Selasa ini.

Written by atoksyah

September 20, 2011 at 13:11

NUFC 2011: Newcastle meletakkan Joey Barton dalam senarai perpidahan percuma

leave a comment »

Akhirnya pemain yang tidak berapa digemari atok (namun peningkatan persembahannya pada musim lepas berjaya meredakan ketidakgemaran itu), ditunjukkan jalan keluar oleh Newcastle apabila disenaraikan dalam senarai perpindahan percuma. Ini semua gara2 kritikan demi kritikannya melalui Twitter terhadap orang atas.

 

Ejennya yakin bahwa akan ada banyak kelab berminat dengan pemain tengah itu.

Joey Barton

Barton dibeli dari Manchester City pada 2007 dengan harga £5.8juta. Dia masih mempunyai kontrak selama 12 bulan dan telah menyatakan keinginannya untuk meninggalkan kelab secara percuma pada musim panas akan datang selepas perbincangan berkenaan sambungan kontraknya tidak mencapai sebarang persetujuan.

Mike Ashley, dan pengarah urusan, Derek Llambias, khabarnya hilang sabar dengan kritikan Barton ke atas rejim mereka dan seterusnya memaksa mereka menggunakan hak mereka untuk meletakkan pemain itu dalam senarai perpindahan percuma.

Arsenal dan Aston Villa adalah di antara sebahagian kelab Liga Perdana Inggeris yang dikaitkan pada musim panas ini dengan pemain kelahiran Liverpool itu.

Namun tiada yang sanggup menawarkan harga yang diminta Newcastle sebelum ini.

Wakil Barton, Willie McKay, percaya bahawa perkara ini akan menyebabkan banyak kelab berminat untuk mengambil pemain itu. Dia merujuk perbuatan Newcastle itu ibarat “membunuh diri”.

Keputusan itu disambut Barton dengan melancarkan serangan baru melalui Twitter ke pengurusan kelab, mereka yang dituduhnya sebagai tidak memahami apa maknanya untuk jersi Hitam dan Putih. Dia menulis: “Di mana2 dalam pihak atasan NUFC, mereka telah memutuskan, saya tidak diperlukan. Saya dalam perpindahan percuma tetapi kehormatan untuk memakai jalur Hitam dan Putih, melebihinya. Suatu hari, lenbaga pengarah mungki menyedari, apa di sebalik jalur tersebut. Kehormatan dan Kebanggaan. Terima kasih di atas sokongan anda……….. #toonarmy.”

Ketidakpuasan hati Barton terhadap pemilik kelab bermula daripada keputusan mereka menjual Andy Carroll ke Liverpool untuk £35juta pada Januari. Dia hampir menandatangani sambungan kontrak pada masa itu dan telah menolaknya apabila mereka menerima tawaran Liverpool itu, satu luka yang semakin dalam apabila kemudiannya Kevin Nolan, kapten kelab dak kawan rapatnya, dijual ke West Ham United pada Jun.

Pada bulan Mei, McKay mendedahkan bahawa Newcastle takkan menawarkan sambungan kontrak kepada Barton, dan dia men-tweet bahawa majikannya mencari pemain yang “lebih muda, lebih bagus, lebih murah”.

Newcastle memilih untuk memutuskan hubungan dengan Barton selepas kekalahan dalam perlawanan persahabatan, 3-2 di Leeds United pada Ahad lalu, apabila dia mengulangi kritikan Jose Enrique ke atas kelab. Pertahanan kiri yang berasal dari Sepanyol itu, juga boleh meninggalkan St James’ Park pada musim panas ini, telah didenda kerna menuduh Newcastle tidak bercita-cita tinggi dalam pembelian pemain.

Tweet Barton dibaca: “Jika kami para pemain boleh maklumkan para peminat apa sebenarnya yang berlaku, tanpa mereka di atas mendenda kami dalam jumlah yang banyak. Akan ada masa dan tempat untuknya. Jika ia takkan mempengaruhi moral pasukan dan menyebabkan ketidaktenteraman dalam pasukan, saya yakin komen Jose’ akan kelihatan sebagai puncak aisberg.”

“Dan sekali lagi, semuanya akan ditinggalkan kepada semua peminat yang menakjubkan untuk mengutip baki2 kelab mereka yang pernah menjadi kelab hebat. Jika saya mahu pergi, saya akan keluar dan menyatakan saya ingin pergi. Semua ini perlu diperkatakan kerna saya tidak bersedia untuk turun liga lagi sekali.”

NUFC 2011: Demba Ba sertai Newcastle

leave a comment »

Demba Ba sertai Newcastle

Penyerang antarabangsa Senegal, Demba Ba melengkapkan perpindahannya ke Newcastle United dengan menandatangani perjanjian 3-tahun di St James’ Park setelah menjaringkan 7 gol dalam hanya 13 penampilan bersama West Ham United pada musim lalu.

Pemain kelahiran Perancis berusia 26 tahun itu telah bermain 10 kali untuk Senegal, merupakan pembelian kedua Alan Pardew pada musim panas ini.

Pardew menyatakan Ba telah menunjukkan aksi baik bersama West Ham dan merupakan pembelian yang bagus oleh kelab itu.

Ba mempunyai larian, keupayaan teknikal yang baik, dan hebat di udara dan yang paling penting, konsisten menjaringkan gol.

Pardew juga menyatkan Ba mempunyai keinginan kuat untuk beraksi bersama Newcastle United. (Mungkin maksudnya ialah, Ba sanggup terima gaji murah dan tak minta kontrak jangka panjang. Dengan kata lainnya, murah)

Ba menyertai pemain tengah kebangsaan Perancis, Yohan Cabaye yang dibeli pada minggu lepas dari juara Perancis, Lille.

Written by atoksyah

June 18, 2011 at 11:35

NUFC 2011: Joey Barton meradang apabila Newcastle United sedang menjual Kevin Nolan ke West Ham United.

leave a comment »

Barton berpasangan dengan baik bersama Nolan di Newcastle, dan dia menunjukkan kemarahannya apabila menerima berita Nolan menjalani ujian perubatan di Upton Park.

Barton men-tweet bahwa Nolan takkan menjadi orang terakhir keluar dari St James’ Park.

Bekas pemain Manchester City itu turut menyatakan bahwa Nolan merupakan pemain, ketua, kapten, pelatih dan juga kawan yang hebat untuk bersama. Amat teruk baginya untuk melihat Nolan dijual.

Dia sendiri menjadi subjek spekulasi musim ini, apabila ejennya mendedahkan pelanggannya itu tidak ditawarkan perjanjian baru di Newcastle. Barton mendakwa dia mahu kekal di NU, tetapi beberapa tawaran, termasuk 1 daripada Everton dijangkakan.

Jika NU kehilangan Nolan dan Barton, bahagian tengah NU akan turut terjejas.

Newcastle pada minggu lepas telah menolak tawaran daripada West Ham untuk pemain berusia 28 tahun itu. Namun nampaknya pengejaran West Ham itu menampakkan kemajuan.

Dengan pemain tahun ini, Scott Parker hampir pasti meninggalkan kelab itu The Hammers akan menaruh harapan kepada Nolan untuk memandu mereka naik kembali ke Premier League.

NUFC 2011 : Newcastle tolak bidaan West Ham untuk Kevin Nolan.

leave a comment »

Magpies dilaporkan menolak tawaran Hammer untuk penjaring terbanyak kelab musim lalu tatkala Sam Allardyce merancang membina pasukan yang berupaya untuk segera kembali ke Premier League.

 

Kevin Nolan meletakkan masa depannya di NUFC dalam keraguan setelah dia menolak tawaran kontrak terbaru daripada NUFC.

 

Pengurus baru West Ham, Sam Allardyce sebelum ini bekerja bersama Nolan semasa menjaga Bolton Wanderers dan dilaporkan telah membuat tawaran bernilai £3 juta untuk pemain itu.

 

Newcastle tidak berminat dengan tawaran tersebut dan menyifatkannya sebagai mengarut.

 

Newcastle membeli Nolan pada harga £4juta daripada Bolton pada 2009 dan dia telah meningkatkan reputasinya dengan beraksi cemerlang pada musim lalu.

 

Walau bagaimanapun, Nolan telah menolak tawaran kontrak baru di St. James’ Park memandangkan Newcastle membuat tawaran lebih rendah dalam percubaan mereka mengurangkan jumlah gaji para pemain.

 

Pemain berusia 28 tahun itu tidak gembira dengan terma yang ditawarkan memandangkan dia telah menamatkan musim lalu sebagai penjaring terbanyak kelab dengan 12 gol.

 

Walaupun dengan kontrak kurang 2 tahun, dipercayai bahwa pembeli berpotensi takkan dapat membelinya dengan harga murah.

 

Nolan menyatakan bahwa dia mahu terus kekal di kelab, walupun menolak tawaran kontrak tersebut.

NUFC 2011 : Shane mahu bersinar untuk Newcastle United

leave a comment »

SHANE Ferguson berterima kasih kepada Alan Pardew kerna yakin dengan kebolehannya – sekaligus mengharapkan diberi peluang lain untuk beraksi dalam kesebelasan utama Newcastle United.

Pemain remaja itu beraksi menentang Chelsea pada Ahad lepas sebelum dikeluarkan kerna mengalami kecederaan.

Walau bagaimanapun, Ferguson cergas untuk menghadapi West Bromwich Albion esok.

Pemain berusia 19-tahun itu ditugaskan di sayap kiri di Stamford Bridge, ketika Pardew kehilangan beberapa pemain senior.

Ferguson – yang telah bermain kebanyakannya sebagai pertahanan-kiri pada musim ini – beraksi baik apabila dinaikkan sebagai pemain tengah, dan dia berharap untuk berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan terakhir Newcastle untuk musim ini, di mana United mengintai kedudukan 10 pasukan teratas Premier League.

Atok mula mengenali Ferguson semasa dia ditugaskan di pertahanan sayap kiri oleh Hughton ketika perlawanan menentang Chelsea, di mana NU menang 4-3. Tugas yang baik oleh Hughton. Ketika itu terserlah kebolehan Ferguson bertahan di samping memulakan serangan dengan hantaran tepat dari kiri padang.

Dengan Jonas Gutierrez tidak dapat beraksi, kelihatan orang Irish itu akan berada dalam kesebelasan utama.

Kebangkitan akhir musim Ferguson dipandang positif oleh Pardew, dan pemain kelahiran Derry itu telah menyedari cabaran yang menantinya pada musim depan.

NUFC 2011 : Andy Carroll perlu dijual, tegas Alan Pardew.

leave a comment »

Andy Carroll

Alan Pardew tetap percaya bahawa Newcastle United FC tiada pilihan selain menjual Andy Carroll setelah pemain itu meminta dilepaskan pada Januari lalu.

Fakta bahawa Blackpool, bukan Newcastle yang berjuang untuk hidup mereka di Bloomfield Road mungkin menyokong pendapatnya.

“Apa yang mendorong saya membuat keputusan itu adalah Andy mengatakan dia mahu pergi” kata Pardew.

Pengurus Tangerines, Ian Holloway dipuji kerana berjaya menahan kapten Adams dari pergi, tetapi kelihatan menyesal dengan opera sabun yang ia hasilkan minggu lalu.

Apabila Blackpool menang 2-0 di St James’ Park dalam bulan September lalu, mereka berada di tangga ke-4 liga. Bermain dalam Premier League untuk kali pertama, mereka bermain dengan senyuman di muka.

Kedua-dua pasukan yang baru naik-liga, mengukuhkan diri mereka di separuh tangga teratas liga sebelum Krismas. Bagaimanapun, perlawanan semalam di tempat-sendiri menentang Magpies merupakan perlawanan Blackpool yang pertama dimainkan dari zon-penyingkiran.

Sementara Newcastle telah bertahan agak baik dengan pemergian £35 juta Andy Carroll ke Liverpool – satu keputusan yang masih menyebabkan peminat berbahagi – Blackpool menghadapi perlawanan semalam dengan bekalan 1 kemenangan dari 9 perlawanan sejak pintu perpindahan ditutup. Selepas kekalahan 3-1 kepada Wigan Athletic, Holloway membayangkan sebab2nya.

Dia berkata : “Kami perlu bekerja keras, bersatu dan melawan. Kami tiada semua itu sejak Januari. Saya tertanya-tanya kenapa? Saya kehairanan, apa yang berlaku dalam Januari? Saya boleh hidup tanpa Januari.”

Begitu juga Pardew.

Katanya : “Penilaian saya terhadap Charlie adalah permainannya tidak berubah terlalu banyak sejak Januari. Dia masih penting kepada Blackpool, tetapi pasukan itu tidak sebagus dulu.”

NUFC 2011 : Kemunculan pertama Ireland buat Newcastle terjejas dek kecederaan lutut.

leave a comment »

Pemulihan Stephen Ireland daripada kecederaan telah mengalami kemunduran, dan menjejaskan kemunculan pertamanya bersama Newcastle United pada Sabtu ini.

Pemain tengah yang dalam pinjaman dari Aston Villa itu, sedang dalam pemulihan dari kecederaan lutut yang telah menjejaskan kemunculan pertamanya buat Alan Pardew, sebelum cedera dalam latihan pada awal hari ini. Dia akan diperiksa sebelum Pardew memutuskan sama ada dia cergas untuk dimasukkan dalam perlawanan menentang Everton.

Pardew mendedahkan bahawa Ireland mengalami kecederaan serupa dengan Joey Barton, yang turuk akan berada di padang latihan Newcastle pada awal pagi esok dalam percubaan untuk cergas sebelum perlawanan menentang Everton di St James’ Park.

Written by atoksyah

March 3, 2011 at 15:25

NUFC : Tiada masalah kecederaan terbaru dilaporkan sebelum perlawanan menentang Birmingham pada 16 Feb 2011.

leave a comment »

Shola Ameobi

Image via Wikipedia

Newcastle tidak menghadapi sebarang masalah kecederaan terbaru ketika dalam persiapan menghadapi perlawanan Liga Perdana England menentang Birmingham City pada pagi Selasa, yang telah dijadualkan-semula akibat masalah salji tebal sebelum ini.

Steven Taylor telah kembali menjalani latihan selepas pulih daripada kecederaan hamstring dan dijangka akan bermain untuk pasukan-simpanan pada minggu depan.

Shola Ameobi pula akan ke Amerika Syarikat untuk dipakaikan topeng-pelindung bagi menangani masalah retak tulang pipi yang dihadapinya. Dia akan boleh bermain ketika lawatan Bolton ke St James’ Park pada 26 Februari 2011 nanti (Tarikh sama Kedah FA vs Kelantan FA).

Ryan Taylor sedang berusaha memulihkan tahap kecergasan selepas mengalami kecederaan bukulali.

Tetapi Stephen Ireland, Dan Gosling yang masing-masing cedera lutut, Alan Smith (cedera bukulali) dan Hatem Ben Arfa (patah kaki) masih diketepikan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.